nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Keputusan Speaker tiada kaitan dengan kerajaan

13 JUL : Keputusan Yang di-Pertuan Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul berkait enam ahli Parlimen yang mengisytihar sokongan kepada Perdana Menteri tiada kaitan dengan kerajaan.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata kerajaan tidak sepatutnya dipersalahkan terhadap keputusan Speaker itu.

“Keputusan Speaker itu adalah keputusan Speaker bukannya kerajaan sebab Parlimen adalah institusi yang bebas…badan legislatif dan Speaker mempunyai kedudukan tersendiri yang boleh membuat keputusan sendiri dengan menggunakan kuasa yang diperuntukkan kepadanya.

“Speaker juga sudah menyatakan pendirian dan asas-asas keputusan dan perlu faham itu adalah keputusan Speaker yang tidak didorong oleh pihak eksekutif iaitu Kerajaan Perpaduan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Machang 2024 di Pusat Transformasi Ilmu Bukit Tiu, malam tadi.

Menurutnya, Johari membuat tafsiran undang-undang secara menyeluruh tanpa desakan mahu pun dipengaruhi Kerajaan.

Terdahulu, Johari memutuskan enam ahli Parlimen yang dipecat Bersatu kerana menyokong Kerajaan kekal sebagai wakil rakyat dan tiada pengosongan kerusi.

Keputusan itu mendapat kritikan pelbagai pihak termasuk Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhammad Akmal Saleh yang mendakwa Akta Anti Lompat Parti hanya sia-sia.

Namun Mohamed Khaled yang juga Menteri Pertahanan berkata dakwaan Akmal itu hanyalah pandangan peribadinya.

Enam Ahli Parlimen terbabit ialah Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal; Zahari Kecik (Jeli), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Datuk Suhaili Abdul Rahman (Labuan) dan Datuk Dr Zulkafperi Hanafi (Tanjong Karang).

Get real time updates directly on you device, subscribe now.