nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Takrifan buli siber diteliti, pastikan hukuman setimpal

17 JUL : Kementerian Komunikasi sedang berusaha untuk menangani isu buli siber dengan lebih baik agar individu yang dikenakan tindakan undang-undang berkaitan kegiatan itu mendapat hukuman setimpal.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata,pihaknya bersama Menteri Digital, Gobind Singh Deo dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said juga sedang meneliti semula takrifan buli siber dan denda yang bersesuaian.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kes seorang pemilik rumah kebajikan, P Shalini yang dikaitkan dengan kematian pempengaruh A Rajeswary, atau turut dikenali sebagai Esha, yang didenda RM100 oleh Mahkamah Majistret pada Selasa.

“Saya kesal dengan denda yang kita nampak begitu kecil, tetapi saya difahamkan daripada pihak Jabatan Peguam Negara ia (pertuduhan) adalah berdasarkan bukti yang telah dikumpul.

“Bagi kes kedua (pemandu lori, B Sathiskumar) guna pakai Seksyen 233 (Akta Komunikasi dan Multimedia 1998) dan dendanya RM50,000 dan itu agak signifikan,” katanya kepada media selepas menghadiri KL Startup Summit di Asia School of Business pada Rabu.

Fahmi berkata, pihaknya juga meneliti beberapa komentar oleh pempengaruh media sosial yang terkilan bukan hanya dengan nilai denda tersebut tetapi sikap pesalah itu sendiri yang kelihatan seperti tidak insaf.

“Jadi, sekarang kita perlu bekerja keras untuk memperkukuh undang-undang,” katanya, lapor Bernama.

Semalam, Shalini, 35 dijatuhi hukuman denda maksimum RM100 oleh Mahkamah Majistret di sini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan dengan sengaja mengeluarkan kata-kata kesat menerusi akaun TikTok alphaquinnsha di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955.

Sementara itu, Sathiskumar, 40, mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan membuat dan memulakan penghantaran dengan menggunakan perkhidmatan komunikasi yang lucah sifatnya.

Pertuduhan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya dan boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

Bernama sebelum ini melaporkan Esha ditemukan meninggal dunia di sebuah unit kondominium di Setapak pada 5 Julai lepas, sehari selepas membuat laporan polis berhubung buli siber yang dihadapinya.

Sementara itu, Fahmi berkata, satu trend baharu dilakukan sekumpulan individu yang menggunakan sistem ‘troll farm’ di aplikasi TikTok bagi mewujudkan persepsi terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dikesan.

Beliau berkata, pihak TikTok mengesan perkara itu ketika Anwar menjawab soalan pada sesi Pertanyaan-Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Parlimen, Selasa lepas.

Menurut Fahmi, TikTok juga mengenal pasti sekumpulan individu yang terlibat menggunakan sistem ‘troll farm’ itu yang mampu menjadikan satu perkataan di ruang komen suatu siaran langsung di aplikasi itu diulang sebanyak 15,000 kali dan menjadi ‘trending word’ pada waktu itu.

“Pihak TikTok telah melaksanakan siasatan dan mengesahkan mereka yang telah melakukan perkara ini. Mereka cuba mempermainkan sistem itu dan mereka telah menggunakan sistem ‘troll farm’ yang tidak dibenarkan oleh TikTok.

“TikTok juga telah mengenal pasti semua akaun yang terlibat dalam apa yang kita panggil kelakuan manipulatif selaras (coordinated inauthentic behavior) (CIB),” katanya sambil menambah pihak TikTok juga telah mengambil tindakan tegas dengan menutup sejumlah akaun yang terlibat dalam CIB tersebut.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.