nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Perkasa industri halal bukan makanan ke peringkat global

18 JUL : Malaysia menumpu kepada usaha memperkasa industri bahan-bahan bukan makanan yang menjadi keperluan penyediaan produk halal di peringkat antarabangsa.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamid berkata ia masih dijalankan dalam skala kecil di negara ini sedang industri itu berpotensi besar di peringkat dunia.

Katanya, Majlis Pembangunan Industri Halal (MPIH) kini sedang mengkoordinasikan inisiatif bagi memanfaatkan tanah-tanah terbiar di negara ini.

“Malang sekali dalam industri halal (di negara) ini hanya tumpu sektor makanan dan minuman. Saya fikir untuk pergi ke peringkat antarabangsa kita harus mengusahakan agar banyak aspek lain seperti vaksin umpamanya yang sangat memerlukan vaksin halal.

“Paling penting adalah penyediaan bahan-bahan ramuan pada produk-produk berkaitan halal di peringkat antarabangsa, seperti serai, lengkuas atau bahan-bahan herba umpamanya. Ia sangat diperlukan di peringkat antarabangsa untuk pengeluaran kosmetik dan lain-lain bahan.

“Kita lihat usaha telah dilakukan namun dibuat secara kecil-kecilan… maka pihak Majlis Halal Malaysia sedang mengkoordinasikan pihak negeri dan agensi lain supaya tanah-tanah terbiar dan kurang digunakan dapat ditanam dan mengeluarkan ramuan-ramuan yang diperlukan bagi pengeluaran produk halal peringkat antarabangsa,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi pertanyaan-pertanyaan menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Terdahulu, Datuk Adnan Abu Hassan (BN-Kuala Pilah) meminta Perdana Menteri menyatakan pelan tindakan kerajaan untuk memperkasakan industri halal khususnya kepada Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS), syarikat bumiputera, syarikat luar bandar mahupun usahawan muda sejajar sasaran Malaysia menjadi peneraju pasaran halal antarabangsa dengan nilai eksport halal sebanyak RM63.1 bilion menjelang 2025.

Ahmad Zahid yang juga Pengerusi MPIH berkata Halal Development Corporation Berhad (HDC) menjalankan pelbagai program pembangunan melibatkan syarikat tempatan.

“Melalui program tersebut syarikat bumiputera akan diberi peluang untuk menceburi sektor halal yang berpotensi tinggi bagi memperkukuh rantaian bekalan serta pengadaptasian teknologi digital dan pengkomersilan produk-produk inovasi,”katanya.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah meluluskan  pensijilan halal kepada 9,146 syarikat setakat Julai 2024.

Menurut Ahmad Zahid, daripada jumlah berkenaan, sebanyak 8,105 buah syarikat merupakan PMKS.

“Manakala, 3,616 syarikat adalah syarikat milikan bumiputera dan 5,270 merupakan bukan bumiputera. Jumlah Syarikat Multinasional (MNC) yang memperoleh sijil halal adalah sebanyak 1,041 syarikat,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.