nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Gangguan IT global beri impak kepada Malaysia

19 JUL : Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) memantau rapi dan bekerjasama rapat dengan pihak berkepentingan untuk mengurangkan kesan dan memulihkan semula operasi sektor terjejas secepat mungkin susulan gangguan sistem teknologi maklumat (IT) global.

NACSA ​​dalam kenyataan hari ini memaklumkan gangguan menjejaskan pengguna Microsoft di seluruh dunia termasuk Malaysia itu memberi kesan kepada pelbagai sektor kritikal seperti saluran televisyen, lapangan terbang dan bank.

“Di Malaysia, kita dapati terdapat gangguan operasi dalam bidang utama…sebagai contoh operasi di Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) terjejas, menyebabkan daftar masuk secara manual dan masa menunggu yang panjang.

“Bank turut menghadapi gangguan sistem yang mengganggu transaksi dan perkhidmatan pelanggan. Kami ingin menjelaskan bahawa ini bukan serangan siber tetapi ini isu keselamatan siber yang penting,” menurut kenyataan itu, lapor Bernama.

NACSA ​​menyebut kesan gangguan IT itu terhadap Malaysia besar kerana ia menyebabkan kelewatan dan cabaran operasi merentasi pelbagai sektor yang menjejaskan perniagaan dan orang awam.

Bagi menangani situasi itu, NACSA ​​mengesyorkan pihak terlibat sentiasa berwaspada dan memantau secara berterusan pengumuman, penyelesaian dan kemas kini daripada vendor selain memantau dan menguruskan sebarang penyelesaian sementara untuk mengurangkan potensi risiko baharu.

“NACSA ​​komited memastikan keselamatan dan daya tahan infrastruktur siber negara. Kami akan terus memberikan sokongan dan bimbingan kepada organisasi terjejas pada masa yang mencabar ini.

“Kami sedang dalam proses mengumpul statistik lebih terperinci dan akan memberikan kemas kini selanjutnya apabila ia tersedia,” menurut kenyataan itu.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.