19 JUL : Microsoft mengesahkan sudah membaiki gangguan IT global yang dialami beberapa perkhidmatan di beberapa buah negara.
Gangguan itu menjejaskan sistem perbankan, penerbangan, saluran media dan hospital, lapor Reuters.
Namun menurut Microsoft, masih terdapat beberapa isu yang masih lagi dalam proses baik pulih.
Ia melibatkan aplikasi dan perkhidmatan Office 365.
Agensi media antarabangsa yang menggunakan aplikasi itu turut mengumumkan penangguhan siaran berita mereka susulan gangguan tersebut yang mengakibatkan komputer tidak dapat diakses.
Sementara itu di media sosial, pengguna memuat naik gambar skrin komputer masing-masing yang bertukar biru dan tidak dapat diakses.