nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Awang Bemee dilantik Speaker Dewan Negara baharu

22 JUL : Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka, Sarawak, Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah hari ini dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Negara yang ke-21.

Pelantikannya bagi menggantikan Datuk Mutang Tagal yang meninggal dunia pada 10 Mei lalu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemuka nama Awang Bemee yang juga calon tunggal sebagai cadangan nama ahli untuk dipilih pada Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Parlimen ke-15, hari ini.

“Beliau yang juga anak jati negeri Sarawak, pernah berkhidmat di Mahkamah Tinggi Borneo Sarawak bermula pada tahun 1984 dan berpengalaman mengendalikan pelbagai kes di semua peringkat mahkamah, termasuk Mahkamah Persekutuan.

“Beliau dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pelabuhan Kuching sejak 1998 dan pernah berkhidmat sebagai ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak selama tiga penggal.

“Sesungguhnya beliau mempunyai pengalaman yang amat luas dan mengikut Peraturan Mesyuarat 2(1), saya telah memastikan beliau bersetuju untuk berkhidmat, jika dipilih,” katanya, lapor Bernama.

Cadangan itu disokong oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said.

Pada 15 Julai lalu, Awang Bemee mengangkat sumpah sebagai Senator di hadapan Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara, Datuk Nur Jazlan Mohamed atas perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk tempoh hingga 14 Julai 2027.

Beliau menjadi ADUN Nangka selama tiga penggal bermula 1996 hingga 2011, selain pernah memegang jawatan Setiausaha Agung Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) serta ahli Majlis Kerja Tertinggi parti itu.

Penasihat Undang-undang PBB dan Pegawai Awam Gabungan Parti Sarawak (GPS) itu juga kini memegang jawatan Pengerusi Lembaga Pelabuhan Kuching dan Pengarah Sarawak Plantation Berhad.

Beliau juga pengamal undang-undang berpengalaman mengendali kes sivil dan jenayah di semua mahkamah hingga Mahkamah Persekutuan, sejak mula diterima sebagai peguam bela dan peguam cara oleh Mahkamah Tinggi Borneo pada 1984.

*Foto: Facebook Anwar Ibrahim

Get real time updates directly on you device, subscribe now.