22 JUL : Joe Biden menarik diri daripada perebutan jawatan sebagai Presiden Amerika Syarikat.
Perkara itu diumumkannya pada Ahad dimana beliau mengesahkan Kamala Harris yang juga naib presidennya akan menjadi calon presiden dari Parti Demokrat.
“Walaupun saya berhasrat untuk bertanding semula namun demi kepentingan terbaik parti dan negara, saya percaya lebih baik berundur dan tumpu kepada baki tugas sebagai Presiden (AS).
“Saya mahu menawarkan sokongan dan sokongan penuh saya untuk Kamala menjadi calon parti kami tahun ini,” katanya melalui X.
Namun difahamkan sokongan Biden terhadap Kamala bukannya muktamad memandangkan ada beberapa nama lain turut disebut-sebut sebagai pengganti.
Demokrat akan mengundi pengganti rasmi Biden bulan depan pada Konvensyen Nasional Demokrat.