25 JUL : Presiden Indonesia Joko Widodo dijangka memulakan tugas rasmi di ibu kota baharu negara, Nusantara, yang terletak di Pulau Kalimantan pada 28 Julai, lapor Xinhua.
Ketua Sekretariat Presiden Heru Budi Hartono membuat pengumuman itu pada Rabu.
Presiden dijadualkan merasmikan sebuah lebuh raya pada 28 Julai dan “kami sedang dalam proses membuat semua persiapan yang diperlukan agar presiden dapat mula bekerja di ibu kota baharu,” kata pegawai itu.
Basuki Hadimuljono, Menteri Kerja Raya dan Perumahan serta Pemangku Ketua Pihak Berkuasa Ibu Kota Nusantara, mengesahkan bahawa bekalan air minuman akan siap digunakan dalam beberapa hari akan datang di ibu kota baharu itu.
“Pada masa ini, air minuman telah mengalir ke ibu kota baharu dan telah lulus ujian ketiga, yang akan segera diagihkan ke kawasan kediaman dan pejabat di Nusantara,” katanya.
Selain itu, pihak berkuasa sedang membuat persiapan untuk sambutan Hari Kemerdekaan Indonesia, yang akan berlangsung serentak di Nusantara dan Jakarta pada Ogos, lapor Bernama.