nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Malaysia terbuka bincang isu Palestin dengan mana-mana pihak

25 JUL : Malaysia sentiasa terbuka untuk membincangkan isu Palestin dengan mana-mana pihak meskipun mengambil pendirian yang tegas dan tidak sehaluan dengan negara barat seperti Amerika Syarikat (AS).

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata pendekatan Malaysia yang inklusif terbukti diterima baik sekali gus memantapkan lagi hubungan dua hala dengan negara-negara barat.

Merujuk Persidangan Peringkat Tinggi Call for Action: Urgent Humanitarian Response for Gaza di Jordan pada 11 Jun lepas, Mohamad berkata, beliau sempat bertemu Setiausaha Negara AS, Antony Blinken yang menzahirkan sokongan negara itu terharap Kepusatan ASEAN.

“Blinken turut menyatakan penghargaan kepada sokongan Malaysia terhadap Resolusi 2735 (2024) yang diusulkan oleh AS.

“Resolusi itu berdasarkan cadangan tiga fasa yang diumumkan oleh Presiden AS iaitu gencatan senjata dengan segera, kekal dan berkesan; pembebasan tawanan oleh kedua-dua pihak dan usaha ke arah menamatkan permusuhan secara kekal serta rancangan pembinaan semula yang komprehensif untuk Palestin,” katanya dalam jawapan lisan di Dewan Negara yang disiarkan di laman sesawang Parlimen pada Khamis, lapor Bernama.

Beliau menjawab soalan Senator Datuk Noraini Idris yang ingin tahu bagaimana Malaysia berfungsi sebagai ‘ejen pendamai konflik global’ berkredibiliti yang berupaya mengekalkan prinsip kemanusiaan antikezaliman tanpa menjejaskan hubungan dagang dan diplomatik dengan negara-negara barat yang berkeupayaan tinggi dalam penguasaan ekonomi serta teknologi ketenteraan.

Mohamad berkata, pendekatan inklusif Malaysia telah memantapkan hubungan dua hala dengan barat yang ditunjukkan melalui peningkatan pertemuan dan pertukaran lawatan di peringkat tertinggi kerajaan sekali gus mengukuhkan lagi jalinan kerjasama politik serta ekonomi antara Malaysia dengan negara terbabit.

Beliau juga berkata, antara platform yang Malaysia manfaatkan sebagai ejen pendamai konflik global ialah melalui Institut ASEAN Mengenai Keamanan dan Perdamaian (ASEAN-IPR).

Institut itu bertindak sebagai ejen keamanan terhadap konflik global dengan menjalankan penyelidikan komprehensif mengenai penyelesaian keamanan dan konflik, membina kapasiti melalui program latihan, memudahkan dialog, pengantaraan dan mediasi dalam kalangan pihak berkonflik serta meningkatkan kesedaran awam tentang kepentingan keamanan.

“Malaysia akan terus memanfaatkan platform ini melalui Wakil Malaysia ke Lembaga Penasihat serta Wakil Malaysia ke Majlis Pentadbiran ke ASEAN-IPR untuk menyuarakan pendirian negara dalam semua perbincangan berkaitan isu pendamaian dan pencegahan konflik,” katanya.

Justeru itu, Mohamad berharap Malaysia dapat menyumbang kepada kestabilan serantau dan memperkukuh inisiatif pembinaan keamanan di peringkat global. 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.