nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Veteran UMNO minta DAP tidak berkempen di Nenggiri

26 JUL : Kelab Veteran UMNO menggesa DAP agar tidak menyertai kempen pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, Kelantan.

Setiausahanya, Datuk Mustapha Yaakub berkata meski menghormati Hasrat DAP untuk turun membantu ketika kempen namun ia hanya akan mengelirukan masyarakat di sana.

“Kami menghormati hasrat DAP untuk membantu dalam PRK Nenggiri. Tetapi kehadiran mereka tidak sesuai kerana tiada komuniti Cina di kampung-kampung di sana.

“Penduduk asal adalah Melayu dan bertutur dalam bahasa Melayu, majoritinya adalah Muslim.

“Jika jentera DAP datang ke lapangan untuk membantu, ia boleh mengelirukan masyarakat (Orang) Asli dan menjejaskan sokongan dan undi untuk calon Barisan Nasional (BN),” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Terdahulu, Pengerusi DAP Kelantan, Datuk Azaha Abdul Rani dilaporkan berkata jentera parti itu sanggup berkampung di kawasan Orang Asli bagi memastikan kemenangan calon BN pada 17 Ogos ini.

Menurut Azaha, langkah itu bagi membuktikan komitmen DAP dalam memastikan PRK itu berjalan lancar dan Orang Asli keluar mengundi.

Sementara itu Mustapha berkata, kehadiran DAP di DUN itu kelak boleh digunakan pembangkang untuk menyerang UMNO-BN.

“Oleh itu, adalah lebih baik jika jentera DAP membantu dengan cara lain untuk menyokong kerja dan kempen di Nenggiri,” katanya.

Sebelumnya, Pengarah PRK Nenggiri UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah juga dilaporkan menyuarakan perkara sama dengan alasan demografi di sana 100 peratus Melayu.

Razaleigh mendakwa, ucapan pemimpin DAP sentiasa berpaksikan kepentingan masyarakat Cina.

“Apa untungnya? Dia ke sana dia buang masa dia dan dia buang masa kita. Orang Melayu di Nenggiri nak dengar pandangan orang Melayu terhadap orang Melayu di situ,” katanya.

Penamaan calon bagi PRK Nenggiri ditetapkan pada 3 Ogos ini manakala hari pengundian pada 17 Ogos.

Kerusi itu diisytiharkan kosong oleh Speaker DUN Kelantan berikutan keahlian penyandangnya, Azizi Abu Naim terhenti dalam Bersatu pada 13 Jun lalu susulan mengisytihar sokongan kepada Kerajaan Perpaduan.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.