nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

UMNO mahu orang muda dapat kerja berkualiti melalui TVET

27 JUL : UMNO komited mahu golongan muda mendapat peluang pekerjaan berkualiti menerusi bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang menawarkan lebih 4,000 kursus kemahiran.

Presiden UMNO yang juga Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata komitmen itu turut membabitkan golongan muda yang tidak mempunyai kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Bidang TVET menawarkan gaji premium selari dengan tahap Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang dimiliki mereka. SKM tahap 1 dan 2 menawarkan gaji minimum RM2,500, manakala SKM tahap 3 dan 4 menawarkan gaji lebih RM4,000.

“TVET di Malaysia menawarkan lebih 4,000 kursus. Kadar kebolehpasaran graduan TVET di bawah MARA mencecah 98.7 peratus, ini sekali gus menunjukkan graduan TVET diterima pasaran kerja. Ini adalah agenda UMNO,” katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Tebrau di Dewan Muafakat Johor Taman Adda di Johor Bahru, malam tadi, lapor Bernama.

Yang turut hadir, Ketua UMNO Bahagian, Tebrau Datuk Abdul Halim Suleiman yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Johor.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata usaha itu, selari dengan pelaksanaan inisiatif Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ), yang bakal menjadikan Johor negeri tertinggi menerima pelaburan asing di negeri ini.

“Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi sudah bertemu saya dan berbincang tentang JS-SEZ. Saya lihat data sebanyak 73,000 peluang pekerjaan ditawarkan, tetapi hanya 56,000 yang memohon.

“Oleh sebab itu melalui TVET tidak perlu ada SPM atau berapa usia mereka, kerana kita buta warna dalam soal ini. Paling penting kita mahu anak muda ada pekerjaan berkualiti sekali gus mengurangkan pengangguran,” tegasnya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.