nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Usaha digerakkan supaya TVET jadi pilihan utama pelajar

27 JUL : Kerajaan sedang giat menggerakkan usaha bagi memastikan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) menjadi pilihan utama golongan muda melanjutkan pelajaran sekali gus menyumbang kepada pendapatan serta kemajuan Malaysia.

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mustapha Sakmud berkata usaha memperkasa aliran TVET oleh Kerajaan MADANI dapat dilihat menerusi peruntukan RM6.8 bilion dalam Belanjawan 2024 dengan menawarkan pelbagai kursus dan program bidang berkaitan di seluruh negara.

“Negara telah menjadikan TVET sebagai pencetus perubahan…untuk kita mencapai negara maju yang berpendapatan tinggi, perlu berasaskan teknologi yang tinggi juga dengan proses pendigitalan sekarang, kecerdasan buatan dan pelbagai lagi.

“Maknanya pihak kerajaan telah menetapkan bahawa TVET ini memang kena perkasakan dan kita nak tarik seramai mungkin generasi muda kita yang minat tentang kemahiran ini masuk dalam institusi TVET,” katanya kepada pemberita selepas lawatan kerja dan program Jejak TVET MADANI di Kuching, hari ini, lapor Bernama.

Beliau berkata institusi di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi seperti Politeknik menawarkan pelbagai jurusan TVET di peringkat diploma dan ijazah selain kolej komuniti yang menyediakan kursus pendek seperti pembelajaran sepanjang hayat (PSH).

“PSH ini kita tawarkan kepada pelbagai peringkat umur dan melalui kursus pendek ini, kita dapat melahirkan ramai usahawan serta penjaja kecil kepada pelbagai kelompok di sekitar komuniti,” katanya.

Mustapha melawat premis perniagaan alumni TVET Mohd Hamzah Man, 46 yang menubuhkan Syarikat Kejuruteraan AUM Sdn Bhd melibatkan industri elektrik dan pembinaan.

Lulusan bidang kejuruteraan elektrik Politeknik Kuching dari 1998 hingga 2000 itu turut menurunkan ‘bakat’ TVET kepada anaknya, Umie Hidayah Mohammad Hamzah, 23 yang mengambil jurusan Teknologi Automotif di Kolej Vokasional Kuching.

“Jadi ini kita istilahkan sebagai keluarga TVET yang berjaya dan melambangkan TVET bukan pilihan kedua. Kita harap akan menjadi contoh kepada keluarga lain di luar sana supaya dapat menggalakkan anak mereka agar menjadikan TVET sebagai pilihan utama untuk kerjaya mereka,” kata Mustapha.

Terdahulu, beliau turut mengadakan lawatan kerja ke Politeknik Kuching antaranya bagi sesi taklimat dan mendapatkan maklum balas serta cadangan daripada pemegang taruh dalam usaha memastikan sektor TVET mampu menyediakan tenaga kerja yang menepati permintaan pasaran

Get real time updates directly on you device, subscribe now.