29 JUL : Angka korban warga Palestin yang terbunuh akibat serangan Israel sejak 7 Oktober lalu terus meningkat kepada 39,324 orang.
Laporan Agensi Berita dan Penerangan Palestin (WAFA) melaporkan angka itu dengan pengesahan daripada pihak berkuasa kesihatan tempatan.
Sementara itu, serangan terkini rejim zionis ke atas Semenanjung Gaza mengorbankan sekurang-kurangnya 66 warga Palestin dengan 241 lagi dilaporkan cedera, menurut sumber perubatan.
Sementara 90,830 mangsa dilaporkan mengalami kecederaan.
Laporan itu turut menyebut, kebanyakan mangsa yang terlibat terdiri daripada wanita dan kanak-kanak.
Sumber itu berkata, halangan tentera Israel menyebabkan perkhidmatan kecemasan yang masih beroperasi tidak dapat membantu ramai mangsa.
Malah mayat yang terperangkap di bawah runtuhan atau yang berselerakan di jalan raya di seluruh kawasan konflik juga tidak dapat diurus susulan rejim itu terus menghalang pergerakan ambulans dan kru pertahanan awam.