2 OGOS : Bom yang diletupkan hingga meragut nyawa pemimipin tertinggi Hamas, Ismail Haniyeh di Tehran pada Rabu didakwa sudah disimpan di rumah tamu rasmi Kerajaan Iran sejak dua bulan lalu.
Perkara itu didedahkan tujuh pegawai Asia Barat termasuk dua warga Iran dan seorang pegawai Amerika Syarikat (AS).
Menurut The New York Times, rumah tamu itu dikendalikan dan dilindungi Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) di kejiranan mewah Neshat di utara Tehran.
Laporan Agensi menyebut, bom itu diletupkan dari jarak jauh sebaik Allahyarham yang juga bekas Perdana Menteri Palestin disahkan berada dalam bilik di rumah tamu itu.
Letupan tersebut menggegarkan bangunan, memecahkan beberapa tingkap dan menyebabkan sebahagian dinding luar runtuh serta meragut nyawa pengawal peribadi Ismail Haniyeh.
Allayarham beberapa kali tinggal di rumah tamu itu ketika melawat Tehran.
Terdahulu, Iran dan Hamas serta pegawai AS yang tidak mahu didedahkan nama mendakwa Israel bertanggungjawab atas pembunuhan itu.
* Foto : Kor Pengawal Revolusi Iran (IRGC)