nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Zahid mengaku dalang jatuhkan Mahathir

10 OGOS : Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengakui dirinya dalang utama dalam usaha menjatuhkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri.

Pendedahan itu dibuat hari ini di hadapan perwakilan UMNO ketika merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Cameron Highlands di Sungai Koyan, Cameron Highlands, hari ini.

Jelas Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN), tindakan itu bagi menyelamatkan UMNO daripada diharamkan Mahathir.

“Apabila mengetahui UMNO mahu diharamkan dan ini disahkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika di ILMU, Janda Baik…kertas pengharaman telah berada di atas meja Menteri Dalam Negeri (Tan Sri Muhyiddin Yassin) ketika itu.

“Jadi dalam situasi itu, tentunya semua ahli apatah lagi kepimpinan UMNO mengharapkan pada saya bagaimana cara terbaik supaya UMNO tidak diharamkan,” katanya, lapor Sinar Harian.

Timbalan Perdana Menteri itu sempat mengingatkan perwakilan tentang inti ucapan penangguhannya pada Perhimpunan Agung UMNO pada 2018.

“Saya menyatakan bahawa dalam masa terdekat kita akan menjadi sebahagian daripada kerajaan tetapi saya diejek beberapa individu tertentu yang tiada dalam UMNO.

“Maka dalam keadaan itu, di Jelai, di Sungai Koyan di sini, saya mesti menyatakan, mengakui adalah dalang utama yang menjatuhkan Tun Dr Mahathir ketika itu, demi UMNO mana mungkin diharamkan, dihina dan dijatuhkan dengan pelbagai fitnah,” katanya.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata perincian cerita itu akan dibukukannya supaya ia menjadi panduan kepada pemimpin lain kelak.

“Tadi saya cerita hanya 10 peratus 90 peratus dalam buku saya, lazimnya tulis buku ialah orang pencen tapi saya belum nak pencen lagi selagi UMNO bukan parti dominan, selagi itu saya dan rakan-rakan terus dalam UMNO.

“Mudah-mudahan ia jadi panduan kepada pemimpin-pemimpin UMNO akan datang yang akan ambil alih tempat saya nanti,” katanya lagi.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.