nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Zahid minta jentera BN pastikan kemenangan BN di Nenggiri

10 OGOS : Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini menggesa jentera kempen bekerja keras bagi memastikan kemenangan calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Nenggiri (DUN), kerana ia lebih ‘bemakna’ menjelang Perhimpunan Agung UMNO 2024 (PAU 2024) pada 21 hingga 24 Ogos ini.

Ahmad Zahid Hamidi berkata persidangan PAU 2024 yang akan berlangsung empat hari selepas PRK tersebut menjadi lebih signifikan sekiranya kerusi DUN Nenggiri dapat dimenangi calon BN Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani, dan dikembalikan kepada UMNO.

“Kekalahan kita dalam PRN (ke-15) di DUN Nenggiri, cuma 810 (majoriti yang diperoleh oleh Mohd Azizi Abu Naim). Datuk Ramli Ramli Mohd Nor (Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat) tahu ramai pengundi Orang Asli tidak keluar atas sebab tertentu.

“Ramai pengundi di kawasan Kesedar (Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan) juga tidak keluar mengundi. Selain itu, sembilan pusat daerah mengundi di kampung tradisional dan satu rancangan Felda Perasu ada masalah tapi kali ini, Alhamdulillah.

“Kesedar ada lima PDM bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDWN), sembilan kampung tradisional juga di bawah KKDW, serta satu PDM Felda. Kebetulan Perdana Menteri bagi tanggungjawab Felda pada saya, ertinya 20 PDM bawah saya. Tolonglah saya untuk kita tebus maruah kita di Nenggiri pada Sabtu,” katanya, lapor Bernama.

Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Cameron Highlands di Dewan Terbuka Laman Sejahtera Sg Koyan di Lipis, hari ini.

Hadir sama Naib Presiden UMNO yang juga Menteri Besar Pahang dan Ketua UMNO Bahagian Cameron Highlands, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata berkata peristiwa kekalahan UMNO pada 2018 agak memeritkan, terutama dengan perpecahan dalam kalangan ahli parti, namun beliau bersama rakan-rakanya dalam parti akan terus komited memperkukuhkan parti keramat ini.

Beliau berkata tugas ini memerlukan kerjasama semua ahli dari cawangan, bahagian dan negeri untuk bersama-sama memainkan peranan dalam menebus kembali maruah UMNO, kerana ia merupakan tanggungjawab bersama.

“Selagi (UMNO) belum menjadi parti dominan dalam pilihan raya, saya akan terus bersama rakan-rakan untuk memperkukuhkan UMNO. Saya bukan mahu menongkat langit, tetapi apabila kita menjadi parti dominan, barulah ambil langkah seterusnya. Sekarang, setiap bahagian di seluruh negara dan setiap pemuda pemudi dari cawangan seluruh negara perlu terjemahkan visi dan tasawuf, ini adalah tanggungjawab bersama,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.