Kesihatan PM pada tahap optimum : JKN Selangor
12 OGOS : Tahap kesihatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berada dalam keadaan baik dan pada tahap yang optimum, demikian menurut Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Selangor.
Menerusi satu kenyataan malam tadi, jabatan itu memaklumkan perdana menteri menjalani pemeriksaan kesihatan tahunan yang dikendalikan pasukan pakar perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang, semalam.
“Hasil pemeriksaan menunjukkan bahawa tahap kesihatan perdana menteri dalam keadaan baik dan berada pada tahap yang optimum,” menurut jabatan itu, lapor Bernama.
Kenyataan itu memaklumkan Perdana Menteri kekal bersemangat dan bertekad untuk terus memikul tanggungjawab bagi mengangkat darjat dan martabat negara ke peringkat tertinggi.