nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Hospital Indonesia di Gaza bertahan dengan hanya 1 penjana kuasa, solar

13 OGOS : Hospital Indonesia di utara Gaza masih beroperasi walaupun menghadapi kekurangan elektrik, menurut Jawatankuasa Penyelamat Kecemasan Perubatan (MER-C).

“Kami perlu segera memulihkan bekalan elektrik,” kata Dr Dany Kurniadi Ramdhan, sukarelawan MER-C, ketika sidang media maya pada Isnin, lapor ANTARA.

Beliau menjelaskan bahawa satu-satunya sumber elektrik hospital itu adalah panel solar, yang hanya berfungsi pada 20 peratus kapasiti maksimum serta sebuah penjana kuasa, yang sangat bergantung kepada penghantaran bahan api daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Bekalan elektrik yang terhad itu telah menjejaskan kemampuan hospital untuk mengoptimumkan perkhidmatan bagi rakyat Palestin yang cedera dalam serangan bom Israel, tambah Ramdhan.

Bekalan ubat-ubatan, peranti perubatan dan prostesis juga semakin berkurangan, katanya.

“Ketika kami tiba pada 9 Ogos, lampu padam semasa pembedahan sedang dijalankan,” kata pakar bedah saraf itu.

“Pembedahan terpaksa diteruskan dengan pencahayaan daripada lampu telefon bimbit,” katanya.

Aliran elektrik yang tidak stabil juga boleh merosakkan peranti perubatan yang masih digunakan.

Banyak peranti perubatan di hospital, termasuk pengimbas CT, ultrasound dan peralatan ujian darah dan hepatitis, telah rosak dalam serangan Israel. Tentera Israel juga telah menduduki hospital itu dan mengubahnya menjadi pangkalan tentera.

Ramdhan berkata kerosakan struktur hospital tidak terlalu teruk, walaupun dua tingkat teratas bangunan hospital itu terbakar dalam serangan Israel.

“Dari segi struktur, bangunan ini masih kukuh, cuma terdapat beberapa lubang dan kerosakan kebakaran akibat roket dan letupan yang perlu dibaiki,” tambahnya.

Jalan masuk ke hospital, yang musnah dan disekat oleh sisa-sisa kenderaan yang terbakar, juga telah dibersihkan secara berperingkat, katanya, lapor Bernama.

*Foto: AFP

Get real time updates directly on you device, subscribe now.