nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Dasar perbaiki fiskal negara, Ekonomi MADANI yakinkan pelabur

17 OGOS : Dasar memperbaiki kedudukan fiskal negara dan kerangka Ekonomi MADANI memberi keyakinan kepada pelabur asing untuk terus melabur di Malaysia, kata Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Beliau berkata ini dapat dilihat daripada pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang berkembang 5.9 peratus bagi suku kedua tahun ini berbanding unjuran awal sebanyak 5.8 peratus.

“Apabila kita ada kerangka Ekonomi MADANI yang jelas dan semua orang boleh lihat apakah hala tuju ekonomi negara, pelabur pun nampak apa yang mereka mahu jika masuk ke Malaysia.

“Kita menerima banyak pelaburan asing yang masuk ke Malaysia dan ini mula merancakkan ekonomi negara,” katanya kepada Bernama, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Perasmian Penutup Program MADANI Rakyat 2024 Zon Selatan yang disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Johor Bahru.

Program MADANI Rakyat Zon Selatan telah diadakan di Dataran Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai selama tiga hari bermula Khamis lepas.

Ia menjadi ruang bagi kerajaan memaklumkan dan menguar-uarkan pencapaian serta manfaat Ekonomi MADANI kepada rakyat melalui pelbagai inisiatif dan komitmen berterusan dalam memperkasakan rakyat, usahawan dan industri.

Mengenai Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA), Amir Hamzah berkata pelarasan gaji yang diumumkan semalam diharap dapat mendorong kakitangan awam untuk memperbaiki mutu dan meningkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan sektor awam.

Beliau berharap penjawat awam akan lebih komited untuk membuat perubahan dan menyampaikan perkhidmatan yang lebih baik kepada rakyat susulan penambahbaikan terhadap sistem saraan tersebut.

“Ini adalah situasi menang-menang. Penjawat awam dapat kenaikan dari segi pelarasan dan rakyat akan dapat kebaikan kerana usaha kerajaan untuk memperbaiki sistem penyampaian kerajaan dan memberikan perkhidmatan yang lebih baik untuk rakyat,” katanya.

Semalam, Perdana Menteri mengumumkan pelarasan gaji sebanyak 15 peratus kepada pegawai Kumpulan Pelaksana serta pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional manakala tujuh peratus kepada pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi.

Anwar turut mengumumkan Reformasi Perkhidmatan Awam iaitu meningkatkan kadar produktiviti dan kecekapan perkhidmatan awam, meningkatkan kesediaan penjawat awam dalam melaksanakan perubahan serta meningkatkan daya saing negara.

*Foto: Facebook Anwar Ibrahim

Get real time updates directly on you device, subscribe now.