nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Malaysia sokong laksana Dasar Hidrogen Rendah Karbon di Asia Pasifik

17 OGOS : Malaysia yakin Panduan Dasar Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) akan menyediakan rangka kerja yang mantap bagi membangun dan melaksanakan strategi berkaitan Dasar Hidrogen Rendah Karbon di Asia Pasifik dengan berkesan, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata usaha kolektif itu bukan sahaja akan menyokong matlamat setiap negara tetapi juga menyumbang secara signifikan kepada agenda penyahkarbonan global.

“Malaysia mengalu-alukan Panduan Dasar APEC untuk membangun dan melaksanakan rangka kerja Dasar Hidrogen Rendah Karbon di Asia Pasifik.

“Inisiatif ini seiring sempurna dengan objektif negara kita sendiri seperti yang digariskan dalam Pelan Hala Tuju Ekonomi dan Teknologi Hidrogen (HETR),” katanya pada hari terakhir Mesyuarat Menteri-Menteri Tenaga APEC ke-14 (EMM14) yang berlangsung selama dua hari di Lima, Peru, lapor Bernama.

Fadillah berkata Malaysia percaya pembangunan rangka kerja dasar yang komprehensif dan diselaraskan merentasi negara anggota APEC adalah penting untuk mempercepatkan peralihan kepada hidrogen karbon rendah.

Beliau berkata, rangka kerja sedemikian bukan sahaja akan meningkatkan keselarasan kawal selia tetapi juga memudahkan perkongsian amalan terbaik, pemindahan teknologi dan aliran pelaburan dalam kalangan negara anggota.

Di Malaysia, beliau berkata pendekatan berperingkat oleh negara terhadap pembangunan hidrogen, bermula dengan hidrogen kelabu, beralih kepada hidrogen biru dan akhirnya memberi tumpuan kepada hidrogen hijau, mencerminkan komitmennya terhadap masa depan tenaga mampan dan rendah karbon.

“Pelaburan kami dalam teknologi hidrogen termaju seperti penyimpanan hidrogen pepejal dan pengeluaran pirolisis daripada efluen kilang minyak sawit, menekankan dedikasi kami terhadap inovasi dan kemampanan.

“Selain itu, kami menyedari kepentingan perkongsian awam-swasta (PPP) dalam perjalanan ini (pembangunan hidrogen). Inisiatif seperti Hab Hidrogen Sarawak bertujuan untuk mengeksport hidrogen hijau menjelang 2027, menunjukkan bagaimana usaha kerjasama boleh memacu kemajuan yang ketara,” katanya.

Sementara itu, Fadillah menekankan kepentingan PPP dalam kalangan negara anggota untuk mempercepatkan pembangunan dan penggunaan teknologi hidrogen.

Malaysia sebagai contoh telah menyaksikan impak positif daripada kerjasama tersebut dalam beberapa inisiatif utama, katanya.

“Projek Perbadanan Kemajuan Ekonomi Sarawak (SEDC) seperti H2biscus dan H2ornbill adalah contoh yang ketara sokongan sektor awam dan kepakaran sektor swasta bergabung untuk memajukan inisiatif hidrogen.

“Projek ini bukan sahaja bertujuan untuk memenuhi keperluan tenaga tempatan tetapi juga meletakkan Malaysia sebagai pengeksport utama hidrogen hijau ke negara-negara seperti Korea Selatan dan Jepun,” katanya.

Justeru, beliau berkata, bagi menggalakkan pelaburan sektor swasta, kerajaan Malaysia telah melaksanakan beberapa dasar dan insentif termasuk pengecualian cukai, subsidi untuk penyelidikan dan pembangunan dalam teknologi hidrogen serta pembiayaan untuk projek perintis.

Fadillah juga berkata Malaysia sedang berusaha untuk mengintegrasikan campuran hidrogen dengan gas asli dalam loji janakuasa dan mengguna pakai ammonia hijau untuk pembakaran bersama, ia akan membantu menyahkarbonkan sektor kuasa. 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.