nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

BN perlukan bantuan PH kempen di DUN Mahkota

19 OGOS : Barisan Nasional (BN) memerlukan bantuan Pakatan Harapan (PH) untuk mempertahankan Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota di Johor.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata landskap politik DUN Mahkota jauh berbeza dengan Nenggiri selain jumlah pengundi yang lebih ramai.

“Keterlibatan mereka (PH) sangat penting kerana komposisi pengundi dan demografinya berbeza berbanding di DUN Nenggiri apatah lagi kita lihat jumlah pengundi di DUN Mahkota adalah tiga kali ganda daripada DUN Nenggiri.

“Jadi kita harus melibatkan semua pihak, rakan-rakan parti dalam Kerajaan Perpaduan wajib dilibatkan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Projek Pemajuan Kawasan Rancangan Perkampungan Tersusun (RPT) Simpang Tiga di Bagan Datuk, hari ini.

Ahmad Zahid yang Timbalan Perdana Menteri berkata kesemua parti dalam Kerajaan Perpaduan saling memerlukan meski mereka bertanding pada pilihan raya menggunakan lambang berbeza.

“Kita akui hakikat kita perlukan rakan-rakan kongsi politik yang baik dan kita akan tentunya menjalin kerjasama walaupun kita menggunakan lambang kita.

“Jadi persefahaman itu mesti diwujudkan supaya jumlah undi yang kita peroleh itu adalah sebabkan oleh kolaborasi bantu-membantu untuk meraih kemenangan,” katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Mahkota pada 28 September sementara tarikh penamaan calon dan pengundian awal masing-masing pada 14 dan 24 September.

Kerusi DUN Mahkota kosong susulan kematian penyandangnya, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain pada 2 Ogos ketika menerima rawatan di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) di Kluang, Johor.

Pada Pilihan Raya Negeri Johor Mac 2022, Sharifah Azizah menang kerusi DUN itu dengan majoriti 5,166 undi.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.