nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Henti segala permusuhan politik, pertikaian berlebihan

19 OGOS : Semua pihak digesa mengentikan segala permusuhan politik atau pertikaian berlebihan berkaitan kaum, daerah mahu pun wilayah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tanggungjawab itu tidak terletak pada bahu pihak tertentu saja kerana penyelesaian perlu dicari bagi memastikan semua halangan dapat ditangani.

“Tidak banyak negara yang mencapai kejayaan seperti kita capai sekarang. Ia bukan urusan perdana menteri, menteri atau kerajaan negeri sahaja tetapi ini urusan semua…pekerja, nelayan, pekebun kecil. Ia tanggungjawab semua…kerajaan dan swasta.

“Oleh kerana kesepakatan semua, kita mencapai pertumbuhan 5.9 peratus yang jauh lebih baik daripada mana-mana negara Asia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan majlis Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 ( PuTERA35) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), hari ini.

Menurut Anwar yang juga Menteri Kewangan, meski kadar inflasi negara mengalami peningkatan iaitu kepada 2 peratus pada Mei lalu berbanding 1.8 peratus pada April lalu, namun katanya, keadaan di Turkiye jauh lebih tinggi.

“Sebentar tadi, saya ada perbincangan dengan Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Turkiye dan Menteri Pertahanannya mengenai kos sara hidup.

“Saya katakan inflasi Malaysia mengalami kenaikan dua hingga tiga peratus, inflasi makanan empat peratus.

“Namun saya dimaklumkan Turkiye kadar inflasinya adalah 40 peratus jauh lebih tinggi dari negara kita,” katanya.

Dalam pada itu, Anwar berkata kerajaan menetapkan sasaran baharu dalam aspek penyertaan, pemilikan dan penguasaan Bumiputera dalam PuTERA35.

Ia merangkumi peningkatan penyertaan Bumiputera kepada 70 peratus menjelang 2035 berbanding 61 peratus pada 2022.

Selain itu, pemilikan ekuiti individu dan agensi mandat Bumiputera ditingkatkan kepada 30 peratus daripada 18.4 peratus pada 2020.

Penyertaan dan penguasaan Bumiputera melalui ekuiti syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) disasarkan meningkat kepada 20 peratus daripada 18.7 peratus pada 2020.

Pelan itu juga menetapkan sasaran lebih tinggi kepada 97 peratus dalam peratusan siswazah Bumiputera dalam pasaran tenaga buruh berbanding 85 peratus pada 2022.

Pengukuran dan sasaran baharu Bumiputera di bawah PuTERA35 dibangunkan selaras dengan sasaran di bawah Kerangka Ekonomi MADANI dan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12).

Get real time updates directly on you device, subscribe now.