nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Pendekatan holistik perlu bagi pembangunan bakat

27 OGOS : Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata mengekalkan bakat yang kukuh kekal sebagai cabaran utama bukan sahaja untuk Malaysia tetapi juga bagi negara lain yang terlibat dalam sektor itu.

“Saya percaya jika kita dapat menyelesaikan isu ini, kita akan mendahului dalam persaingan, justeru kita memerlukan pandangan jangka panjang mengenai pembangunan bakat.

“Ini termasuk menyemai minat dalam sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) di sekolah untuk memastikan pilihan kerjaya adalah menarik supaya pelajar memilih untuk meneruskan laluan ke arah industri tersebut,” lapor Bernama.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Sambutan Hari Kebangsaan Malaysia Semiconductor Industry Association (MSIA) di ibu negara, Isnin malam.

Turut hadir Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow.

Beliau juga berkata kerajaan komited untuk menyokong industri, baru-baru ini kerajaan mengumumkan program yang diterajui MoF, GEAR-uP, direka untuk meningkatkan pertumbuhan dalam sektor ekonomi penting.

Di bawah program itu, enam syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) komited untuk melabur RM120 bilion dalam pelaburan langsung domestik (DDI) dalam tempoh lima tahun akan datang.

Enam GLIC terbabit ialah Khazanah Nasional Bhd (Khazanah), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP), Permodalan Nasional Berhad (PNB), Lembaga Tabung Haji (TH), dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera ( LTAT).

Sementara itu Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow berkata Pulau Pinang sebagai salah satu hab semikonduktor global terkemuka tidak boleh bergantung semata-mata kepada pelaburan langsung asing (FDI) tetapi juga meletakkan kepentingan kepada DDI.

“Kini, kita harus ubah istilah ‘Buatan Malaysia’ kepada ‘Buatan oleh Malaysia’ dengan memupuk syarikat pemula niaga tempatan yang mampu menghasilkan Harta Intelek (IP) Malaysia sendiri seperti dalam reka bentuk cip.

“Pulau Pinang berhasrat untuk mewujudkan ekosistem pembuatan cip yang komprehensif, membolehkan pengembangan pengeluar cip yang lebih besar sambil memupuk pertumbuhan yang menguasai pasaran global masa depan untuk memastikan Malaysia kekal sebagai peneraju global dalam industri penting ini,” kata Chow.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.