28 OGOS : Parlimen Vietnam merombak Kabinet sekali lagi secara besar-besaran pada Selasa.
Difahamkan ia sebagai persediaan kerajaan Parti Komunis itu memilih presiden ketiga yang baharu, dalam tempoh kurang dua tahun.
Setiausaha Agung Dewan Perhimpunan Vietnam, Bui Van Cuong berkata Parlimen itu akan memilih presiden baharu Oktober ini.
Awal bulan ini, Presiden To Lam dilantik sebagai ketua parti.
Mesyuarat Luar Biasa Ahli-Ahli Parlimen di Hanoi melantik tiga Timbalan Perdana Menteri baharu iaitu Menteri Luar, Bui Thanh Son; Menteri Kewangan, Ho Duc Phoc; dan Ketua Hakim, Nguyen Hoa Binh.
Son kekal mengetuai Kementerian Luar sementara Phoc dan Binh akan mengetuai portfolio masing-masing buat sementara.
Turut dilantik Nguyen Hai Ninh sebagai Menteri Kehakiman dan Do Duc Duy sebagai Menteri Alam Sekitar.