nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

2 eksekutif PetroSaudi dipenjara seleweng dana 1MDB

29 OGOS : Dua lelaki masing-masing dihukum penjara enam dan tujuh tahun atas kesalahan penyelewengan di Switzerland berkaitan dengan dana kekayaan negara Malaysia, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Mahkamah Jenayah Persekutuan Switzerland di Bellinzona, semalam, memutuskan mereka terbabit dalam penipuan terhadap dana 1MDB, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Ketua Eksekutif PetroSaudi, Tarek Obaid, 48 dihukum penjara tujuh tahun manakala Patrick Mahony, 47 seorang pengarah di syarikat penerokaan dan pengeluaran minyak Arab Saudi berpangkalan di Geneva dijatuhi hukuman penjara enam tahun.

Obaid mempunyai dwikerakyatan Switzerland-Arab Saudi manakala Mahony rakyat Switzerland-British.

Dana 1MDB pada asalnya bertujuan untuk mempromosikan pembangunan ekonomi Malaysia tetapi kira-kira 10 tahun lalu, penipuan bernilai berbilion dolar dalam dana kekayaan negara itu telah didedahkan.

Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat menganggarkan bahawa sebanyak AS$4.5 bilion telah dicuri daripada dana itu.

Pada Jun lalu, jabatan itu berkata, setakat ini mereka sudah merampas AS$1.4 bilion daripada akaun yang terbabit dan mengembalikan dana terbabit kepada Malaysia.

Menurut laporan dpa, Pejabat Peguam Negara Switzerland mendakwa bahawa tertuduh di Switzerland didakwa menyertai usaha sama dengan 1MDB atas alasan palsu dan dengan pembabitan seorang pelabur Malaysia, didakwa menyumbangkan aset yang sebenarnya tidak dimiliki mereka.

Berpuluh juta dolar dari dana kekayaan negara itu akhirnya berakhir di tangan tertuduh tanpa memenuhi tujuan usaha sama berkenaan, menurut kenyataan dari Mahkamah Jenayah Persekutuan.

Dalam pendakwaan pada April tahun lalu, pendakwa raya persekutuan berkata bahawa kedua-duanya dituduh menyeleweng dan mengubah wang sekurang-kurangnya AS$1.8 bilion. Bernama-dpa

Get real time updates directly on you device, subscribe now.