nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Tol percuma sebulan di WCE Seksyen 1 sempena merdeka

30 OGOS : Pengguna Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) yang melalui Plaza Tol Seksyen 1 (Persimpangan Bertingkat Banting) di sini, tidak perlu membayar tol selama sebulan, bermula jam 12.01 tengah malam ini.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berkata pengecualian bayaran tol itu bersempena sambutan Hari Kebangsaan ke-67 selain menyambut setahun pelaksanaan inisiatif MyJalan oleh kerajaan.

“Saya juga ingin jelaskan pemberian tol percuma ini hanya untuk Lebuhraya WCE Seksyen 1 sahaja dan tidak membabitkan tol lain yang bersambung dengan lebuh raya ini.

“…pelaksanaan tol percuma ini berlangsung hingga 29 Sept, 11.59 malam,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan pembukaan Lebuhraya WCE Seksyen 1, hari ini, lapor Bernama.

Dalam pada itu, Nanta berkata pembukaan lebuh raya sepanjang 12.5 kilometer (km) itu yang menghubungkan Jalan Dengkil-Banting (FT31) ke Lebuhraya SKVE mampu menjadi pemangkin kepada pembangunan ekonomi serta kemajuan untuk kawasan selatan Selangor khususnya Kuala Langat.

Beliau berkata, lebuh raya itu yang bersambung dengan Lebuhraya SKVE juga memberikan kemudahan kepada penduduk di sekitar Banting untuk ke bandar-bandar utama di Selatan Lembah Klang seperti Putrajaya, Bangi dan Kajang, sekali gus meningkatkan kualiti hidup rakyat di kawasan berkenaan.

“Pelbagai projek pembangunan ketika ini giat dilaksanakan di sekitar jajaran Lebuhraya WCE Seksyen 1 yang menawarkan pembangunan terancang, bersepadu merangkumi kawasan IKS (perusahaan kecil dan sederhana) dan hab industri serta logistik bertaraf dunia.

“Di samping itu, ia dapat menambah baik jaringan logistik terutamanya pergerakan pengangkutan ‘haulier’ yang membawa barangan dari pelabuhan utama seperti Pelabuhan Klang dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA),” katanya.

Nanta berharap baki empat lagi seksyen lebuh raya berkenaan dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan selain menjangkakan Seksyen 2 bagi lebuh raya itu akan siap pada Disember depan.

“Kita juga difahamkan oleh pihak konsesi bahawa jangkaan awal lebuh raya ini akan menerima lebih kurang 10,000 kenderaan sehari,” katanya.

*Foto: Facebook Kementerian Kerja Raya

Get real time updates directly on you device, subscribe now.