3 SEPT : Bekas Pengetua R.G Kolej Perubatan Kar di Kolkata, Sandip Ghosh ditahan Polis Persekutuan India atas dakwaan rasuah selepas siasatan kes rogol dan pembunuhan seorang doktor wanita di institusi itu yang tular.
Turut ditahan dua pembekal peralatan hospital dan pembantu Sandip.
Menurut Cawangan Anti-Rasuah Biro Siasatan Pusat (CBI), Sandip meletak jawatan selepas beberapa hari kejadian itu diketahui umum.
Siasatan dijalankan terhadap Sandip CBI berkait tuduhan rasuah berdasarkan maklumat diberi Akhtar Ali yang pernah membangkitkan kes tersebut di Mahkamah Tinggi Calcutta.
Pemberi maklumat itu pernah bekerja di kolej perubatan tersebut selama 16 tahun dan bertugas sebagai penolong penguasa gred 2 dan dinaikkan pangkat ke gred 1 sebagai timbalan penguasa.
Terdahulu, kes rogol dan pembunuhan doktor malang itu mencetuskan protes besar-besaran oleh doktor yang menuntut keselamatan dan keadilan untuk mangsa.