nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kartel tuntutan palsu: 3 doktor pakar antara 33 direman SPRM

4 SEPT : Tiga doktor pakar tulang di Pulau Pinang antara 33 individu direman bagi membantu siasatan kartel kes pemalsuan tuntutan hilang upaya Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) melibatkan jumlah RM2.1 juta sejak 2017.

Majistret Nadratun Naim Mohd Saidi mengeluarkan perintah tahanan reman antara sehari hingga tiga hari terhadap semua suspek berusia antara 26 hingga 60 tahun di Mahkamah Majistret di George Town, hari ini.

Tiga doktor berkenaan direman dua hari bermula hari ini sementara seorang wanita yang juga isteri salah seorang suspek lain direman sehari manakala individu lain direman tiga hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Sekitar jam 9 pagi tadi, kesemuanya tiba di mahkamah dengan berpakaian lokap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berwarna oren.

Sumber SPRM memaklumkan selain doktor tersebut, 19 pemohon tuntutan, lapan ejen dan tiga ‘runner’ antara yang ditahan.

“Doktor yang terlibat merupakan doktor pakar tulang dari dua hospital kerajaan dan sebuah hospital swasta di Seberang Jaya. Kesemua doktor berkenaan berusia 36, 50 dan 57 tahun.

“Kesemua 33 orang yang direman ditangkap dalam operasi yang dijalankan bermula jam 5 pagi hingga 9 malam pada Selasa. Mereka kemudiannya ditahan selepas diambil keterangan di Pejabat SPRM Pulau Pinang,” katanya.

Menurut sumber itu, kebanyakan tuntutan palsu dibuat berkait kecederaan ligamen anterior cruciate (ACL) dan kecederaan pada tulang belakang (slip disc) berjumlah RM2.1 juta yang bergiat aktif sejak 2017.

“Pemohon yang mendapat wang tuntutan akan mengambil 50 peratus manakala 50 peratus lagi akan dibahagikan kepada doktor, ejen dan ‘runner’.

“Selalunya doktor akan memperoleh imbuhan RM10,000 untuk satu tuntutan namun bergantung kepada jumlah tuntutan,” katanya yang tidak menolak bakal ada lagi tangkapan dibuat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009 jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan denda minimum lima kali nilai butir palsu itu atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.