4 SEPT : Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dua hala dengan Presiden Rusia Vladimir Putin, hari ini.
Pertemuan bilateral itu bersempena dengan lawatan kerja dua hari Anwar ke Rusia dan perdana menteri dijadualkan menyampaikan ucapan pada sidang pleno Forum Ekonomi Timur (EEF) kesembilan, esok, lapor Bernama.
Anwar tiba di Vladivostok pada 8.33 pagi waktu tempatan (6.33 pagi waktu Malaysia) hari ini. Ini merupakan lawatan pertama ke Rusia sejak dilantik sebagai Perdana Menteri pada November 2022.
Beliau diiringi Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz; Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari; Timbalan Menteri Ekonomi Datuk Hanifah Hajar Taib dan Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Arthur Joseph Kurup serta pegawai kanan.
*Foto: Facebook Anwar Ibrahim