nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Khidmat kaunter JPJ ditambah baik mulai Isnin ini

6 SEPT : Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan empat penambahbaikan bermula Isnin ini khususnya melibatkan perkhidmatan di kaunter di seluruh negara bagi mengurangkan kesesakan pelanggan serta masa menunggu yang menjadi antara isu utama dihadapi ketika ini.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata langkah segera itu diambil susulan cadangan oleh Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Shamsul Azri Abu Bakar yang meninjau operasi dan perkhidmatan di kaunter JPJ Cawangan Galeria, Putrajaya Isnin lepas.

Aedy Fadly berkata bagaimanapun, langkah itu akan dibuat secara berperingkat selepas perbincangan bersama pengarah-pengarah negeri kerana kaedah pelaksanaannya berbeza bagi setiap negeri.

“Pertama, JPJ akan menyediakan pegawai pemudah cara yang kita akan panggil JPJ Assist. Pegawai berkenaan akan membantu dan menyantuni pelanggan dalam urus niaga yang boleh dibuat secara dalam talian.

“Kedua, kita akan menggalakkan pelanggan membuat urus niaga pembaharuan Lesen Memandu Malaysia (LMM) dan Lesen Kenderaan Motor (LKM) secara dalam talian melalui aplikasi MyJPJ dan portal mySIKAP,” katanya pada sidang media selepas mengadakan lawatan rasmi serta meninjau urusan di kaunter JPJ Pulau Pinang, hari ini, lapor Bernama .

Beliau berkata selain itu, JPJ juga akan menambah baik Sistem JPJeQ untuk membolehkan pelanggan mendapatkan nombor giliran melalui imbasan Kod QR.

Melalui penambahbaikan itu katanya, pelanggan tidak perlu menunggu lama di kaunter dan boleh berada di mana-mana sementara menunggu nombor giliran tiba dan akan menerima notifikasi status nombor giliran secara terus melalui telefon pintar dalam tempoh 10 minit sebelum nombor mereka dipanggil.

“JPJ juga akan meminda prosedur operasi standard (SOP) bagi urus niaga berkaitan pelesenan kenderaan dan pelesenan pemandu yang melibatkan dokumen atau borang fizikal untuk digantikan dengan e-dokumen atau e-borang yang boleh dilengkapkan lebih awal oleh pelanggan sebelum berurusan di kaunter JPJ.

“Dengan itu, pelanggan tidak perlu beratur mengambil nombor giliran dan tidak perlu berurusan di kaunter,” katanya.

Mengulas lanjut, Aedy Fadly berkata ada pelanggan yang terpaksa hadir juga ke JPJ berikutan terdapat urusan yang tidak dapat dilaksanakan secara dalam talian dan memerlukan pengesahan biometrik.

“Hal itu kita akan tangani kemudian, tetapi sekarang tumpuan kita adalah bagi urusan-urusan yang pelanggan tidak perlu datang kaunter, yang tak perlukan biometrik atau cap jari boleh berurusan menerusi portal ataupun aplikasi MyJPJ secara dalam talian,” katanya.

Beliau berharap penambahbaikan yang akan dilaksanakan itu dapat mengurangkan kesesakan pelanggan dan masa menunggu di kaunter JPJ seterusnya menyediakan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan JPJ.

JPJ katanya, komited dalam memastikan penyampaian perkhidmatan yang mesra pelanggan dan cekap demi menjamin kesejahteraan dan keselesaan kepada rakyat selari dengan hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memastikan kecemerlangan Reformasi Perkhidmatan Awam.

Isnin lepas, Shamsul Azri yang mengadakan tinjauan mengejut ke JPJ Putrajaya mahu jabatan berkenaan menambah baik taraf perkhidmatan dan memastikan isu yang melibatkan kepuasan pelanggan dapat diatasi.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.