nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Tuntutan Sulu: Malaysia peroleh kemenangan penting terakhir

7 SEPT : Kerajaan memperoleh kemenangan penting terakhir di Mahkamah Agung Belanda pada Jumaat yang membuat keputusan berpihak kepada Malaysia dan menolak rayuan difailkan kumpulan Sulu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said.

Menerusi akaun X beliau hari ini, Azalina berkata keputusan Mahkamah Agung Belanda iaitu suatu yang muktamad dan sahih, menamatkan percubaan pihak menuntut untuk menguatkuasakan tuntutan mereka yang tidak sah terhadap Malaysia di Belanda.

“Keputusan Mahkamah Agung ini mengesahkan keputusan Mahkamah Rayuan Hague pada 27 Jun 2023, yang mengekalkan cabaran Malaysia terhadap permohonan pihak menuntut di Belanda untuk mengiktiraf dan menguatkuasakan Award Akhir yang dibuat Dr Gonzalo Stampa di Paris pada 28 Februari 2022,” kata Azalina, lapor Bernama.

Pada 27 Jun 2023, Mahkamah Rayuan Hague di Belanda menolak permohonan kumpulan Sulu untuk mengiktiraf dan menguatkuasakan Award Akhir timbang tara yang dikatakan berjumlah AS$14.9 bilion (RM62.59 bilion), yang akan dikuatkuasakan di Belanda.

Sebelum ini, lapan warga Filipina memfailkan prosiding timbang tara di Sepanyol bagi menuntut berbilion-bilion dolar daripada Malaysia berhubung isu Sabah dan sebuah mahkamah di Madrid pada Mac 2019 telah melantik Stampa sebagai penimbang tara dalam kes itu.

Stampa pada 28 Februari 2022 membuat keputusan untuk memihak kepada mereka dan Award Akhir sebanyak AS$14.9 bilion hasil daripada timbang tara palsu telah dikeluarkan secara haram oleh Stampa kepada lapan penuntut itu, walaupun pelantikannya sebagai penimbang tara sebelum ini dibatalkan oleh mahkamah Sepanyol.

Dalam usaha mereka untuk menguatkuasakan anugerah akhir AS$14.9 bilion, kumpulan Sulu itu dilaporkan telah cuba merampas aset Petronas milik Malaysia di Luxembourg, aset di Belanda dan menyasarkan aset diplomatik Malaysia di Perancis (termasuk sebahagian daripada kedutaannya).

Sementara itu, pada 17 Mei tahun ini Malaysia dimaklumkan mengenai keputusan Mahkamah Rayuan Madrid yang menolak rayuan Stampa dan mengekalkan hukuman penjara enam bulan dan larangan satu tahun daripada menjalankan tugas sebagai penimbang tara.

Kerajaan Perpaduan MADANI di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim secara agresifnya menentang dakwaan lapan individu itu.

Malaysia telah memperoleh kemenangan muktamad dalam pertikaian yang telah berlarutan sejak sekian lama, hasil keputusan yang berpihak kepada negara oleh Mahkamah di Luxembourg, Mahkamah Rayuan Hague di Belanda, Mahkamah Rayuan Paris di Perancis dan juga di Mahkamah Sepanyol.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.