nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Sijil halal: DAP tetap bantu calon UMNO di PRK Mahkota

10 SEPT : DAP kekal komited membantu kempen calon UMNO pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota walaupun berlaku perselisihan faham antara segelintir pemimpin kedua-dua parti berkaitan isu pensijilan halal.

Ketua Wanita DAP, Teo Nie Ching berkata perbezaan pandangan dalam sesuatu isu adalah perkara biasa walaupun bersama rakan dalam gabungan kerajaan.

“Saya faham dalam isu ini (pensijilan halal) mungkin ada pandangan yang berbeza, tetapi ini tidak akan menjejaskan kerjasama antara DAP dan UMNO serta Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).

“Banyak pihak telah menyuarakan pandangan mereka, saya rasa itu adalah perkara biasa, tetapi yang paling penting apabila suatu pandangan itu diutarakan ialah – bagaimana kita menjaga bahasa kita,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Pembukaan Pusat Beli-Belah The Commune di Kulai pada Selasa, lapor Bernama.

Timbalan Menteri Komunikasi itu berkata pihaknya bersedia untuk menjelaskan sebarang isu yang dibangkitkan pembangkang ketika kempen PRK DUN Mahkota termasuk isu pensijilan halal.

“Tidak mengapa…kerana pembangkang biasanya akan memainkan apa-apa sahaja isu. Apa yang penting adalah kita menjelaskan sebarang isu berbangkit kepada rakyat.

“Ini bukanlah perkara yang telah dibuat keputusan oleh jemaah menteri, jadi kita mengalu-alukan pelbagai pandangan supaya dapat keputusan lebih komprehensif sebelum sebarang ketetapan dibuat,” kata beliau yang juga Ahli Parlimen Kulai.

Terdahulu Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dilaporkan berkata, pihaknya telah selesai merakam keterangan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok yang dikatakan mengeluarkan kenyataan berhubung isu pensijilan halal.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.