nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Polis serbu rumah amal disyaki eksploitasi kanak-kanak

11 SEPT : Polis menahan 171 individu dalam serbuan ke atas 20 premis di Selangor dan Negeri Sembilan berkait kes eksploitasi agama dan kanak-kanak disebalik aktiviti rumah amal.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata kesemua individu berkenaan ditahan dalam operasi Op Global pada Rabu dan direman sehingga 14 September ini.

Dalam operasi sama, 402 kanak-kanak dan remaja berusia antara setahun hingga 17 tahun dengan 201 daripadanya kanak-kanak lelaki dan 201 kanak-kanak perempuan diselamatkan dalam serbuan berkenaan.

Menurut Razarudin, modus operandi Global Ikhwan Sdn Bhd (GISB) yang menggunakan agama menutup kejahatan termasuk mendidik mangsa untuk meliwat.

“Modus operandi GISB…mangsa-mangsa ini diajar, dididik meliwat dan seterusnya mangsa diliwat oleh penjaga dan (mangsa juga) dipaksa meliwat penghuni kanak-kanak yang lain juga. Maklumat ini daripada risikan dan percakapan yang telah kita rakam dari awal.

“Keduanya ialah mangsa-mangsa yang tidak sihat tidak dibenarkan mendapat rawatan di klinik sehingga keadaan kritikal. Mangsa kanak-kanak dan juga sentimen agama digunakan untuk menagih simpati untuk mendapat sumbangan daripada orang luar.

“Malah ada petugas-petugas ini juga menyentuh tubuh badan seolah-olah kononnya mengamalkan perubatan bagi merawat mereka yang sakit,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang.

Hadir sama, Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman dan Timbalan Ketua Polis Pahang, Datuk Nor Hisam Nordin.

Menurutnya, kanak-kanak yang didakwa degil juga dicederakan dengan objek panas termasuk beberapa orang yang berusia lima tahun dicederakan pada tangan dengan sudu panas.

Operasi yang dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) itu susulan laporan 2 September lalu yang mendedahkan berlaku dakwaan kesalahan pengabaian serta penganaiayaan terhadap penghuni rumah amal terlibat termasuk kes seksual.

Sehingga kini, sebanyak lapan kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 31 (1) (A) Akta Kanak-Kanak 2001, Seksyen 12 Akta Kesalahan Seksual Kanak-kanak 2017, Seksyen 354 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Antipemerdagangan dan Antipenyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM).

Kesemua yang ditahan merupakan penjaga, guru agama dan pengerusi kesemua rumah amal yang beroperasi di Hulu Selangor, Klang Utara, Shah Alam, Sepang, Kajang, Petaling Jaya, Subang Jaya.

Dua lagi rumah amal dipercayai di Negeri Sembilan iaitu di Seremban dan Nilai.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.