nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

JPA laksana penyeragaman, penggelaran semula jawatan

13 SEPT : Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) melaksanakan penyeragaman dan penggelaran semula gred jawatan antara skim perkhidmatan di bawah Sistem Saraan Malaysia (SSM) secara menyeluruh.

Menurut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1/2024 Pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan, langkah itu dilakukan dalam usaha menangani isu ketidaksamaan antara skim perkhidmatan di bawah SSM sebelum ini.

Pekeliling itu memaklumkan, gred jawatan SSM 19 dan 20 dengan kelayakan masuk Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan ditukarkan ke gred SSPA 1; Gred SSM 21, 22 dan 24 ditukarkan ke Gred SSPA 2; Gred SSM 25 dan 26 (Gred SSPA 3), manakala 27 dan 28 menjadi Gred SSPA 4.

Bagi kelayakan masuk peringkat Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Diploma, bermula dengan Gred SSM 29 dan 30 ditukar kepada Gred SSPA 5; Gred SSM 31 hingga Gred 36 (kenaikan pangkat pertama) ditukar ke Gred SSPA 6, manakala Gred 36 (kenaikan pangkat kedua) hingga 38 (Gred SSPA 7) dan Gred 39 dan 40 pula (Gred SSPA 8).

Menurut pekeliling yang dipaparkan di laman sesawang JPA itu, untuk kelayakan masuk peringkat Ijazah yang bermula gred SSM 41 dan 42 ditukarkan ke Gred SSPA 9, manakala Gred SSM 43 dan 44 menjadi Gred SSPA 10, Gred SSM 45 dan 46 kepada Gred SSPA 11, manakala Gred SSM 47 dan 48 menjadi Gred SSPA 12.

“Bagi Gred SSM 51 dan 52 akan menjadi Gred SSPA13, manakala Gred 53 dan 54 Gred SSPA 14 serta Gred SSM 55 dan 56 ditukarkan Gred SSPA 15,” menurut pekeliling itu, lapor Bernama.

Bagi memastikan penggunaan sumber manusia secara optimum, pekeliling itu turut memaklumkan sebanyak 22 skim perkhidmatan telah dijumudkan berdasarkan beberapa kriteria iaitu perkhidmatan yang fungsinya tidak lagi diperlukan, boleh diambil alih oleh perkhidmatan lain, diasingkan saraan atau dialih daya.

Menurut pekeliling itu, antara skim perkhidmatan yang dijumudkan seperti jawatan pemandu lokomotif, jurusolek, pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM), penolong pensyarah UiTM, pengurus tanaman/ladang, merinyu tali air, pegawai penyelidik sossial, pengurus asrama, pegawai penerbitan dan penyelia asrama.

Pegawai yang terbabit dengan penjumudan skim perkhidmatan akan ditawarkan opsyen pertukaran pelantikan ke skim perkhidmatan yang berkuat kuasa di bawah SSPA.

Penjawat awam yang ingin mengetahui maklumat lanjut tentang pekeliling berkenaan boleh melayari laman sesawang JPA di https://sspa.jpa.gov.my/index.php/pekeliling.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.