nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

4 undang-undang bawah Kementerian Sumber Manusia kuat kuasa esok

14 SEPT : Empat perundangan di bawah Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) akan mula berkuat kuasa esok bagi menambah baik prinsip kebebasan berkesatuan dan perundangan kolektif.

Kesuma dalam kenyataan memaklumkan keempat-empat perundangan berkenaan melibatkan Akta Perhubungan Perusahaan (Pindaan) 2020, Akta Kesatuan Sekerja (Pindaan) 2024, Peraturan-Peraturan Perhubungan Perusahaan 2024, dan Peraturan-Peraturan Kesatuan Sekerja 2024.

“Akta Perhubungan Perusahaan (Pindaan) 2020 telah diluluskan oleh Parlimen dan diwartakan pada 20 Februari 2020 manakala Akta Kesatuan Sekerja (Pindaan) 2024 pula diluluskan dan diwartakan pada 12 Januari 2024,” menurut kenyataan itu, lapor Bernama.

Kesuma memaklumkan pindaan terhadap perundangan utama dalam sistem perhubungan perusahaan itu bertujuan memenuhi obligasi Malaysia di bawah Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP), khususnya di bawah Bab Buruh yang menghendaki setiap negara anggota menerima pakai serta mengekalkan undang-undang serta amalan yang mematuhi Deklarasi Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) bagi Prinsip Asas dan Hak di Tempat Kerja (1998).

Pindaan itu juga dijangka meningkatkan standard perburuhan negara dengan mengambil kira prinsip-prinsip utama dalam piawaian buruh antarabangsa, termasuk kebebasan berkesatuan dan perundingan kolektif.

Perkara penting dalam pindaan terbabit antaranya memperkukuh kebebasan berkesatuan, dengan sekatan yang sebelum ini dikenakan telah dimansuhkan.

Selain itu, pindaan ini turut memperkenalkan kepelbagaian kesatuan sekerja yang mewakili pekerja dalam skop perwakilan yang sama, serta hak perundingan tunggal yang baharu.

“Langkah ini akan memastikan undang-undang buruh Malaysia selaras dengan piawaian buruh antarabangsa, terutamanya Deklarasi ILO 1998, sekali gus meningkatkan imej Malaysia dan menarik lebih ramai pelabur luar negara.

“Kesuma percaya pindaan ini akan memberi kesan positif yang besar kepada kebajikan dan hak pekerja di Malaysia, terutamanya dari segi kebebasan berkesatuan dan perundingan kolektif, serta membantu meningkatkan reputasi negara di peringkat antarabangsa,” menurut kenyataan itu.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.