Vietnam rugi AS$1.6 bilion akibat Taufan Yagi
16 SEPT : Vietnam berdepan kerugian sekitar AS$1.6 bilion susulan Taufan Yagi yang melanda negara itu, lapor AFP.
Program Makanan Dunia (WFP) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dilaporkan berkata bencana sama yang berlaku di Myanmar adalah yang terburuk dalam sejarah Vietnam.
Taufan Yagi melanda Myanmar, Vietnam, Laos dan Thailand yang menyebabkan empat negara itu mengalami angin kencang dan hujan lebat sejak seminggu lalu.
Laporan itu turut menyebut lebih 400 nyawa terkorban dalam banjir dan tanah runtuh yang berlaku.
Angka kerugian itu melibatkan sektor ekonomi melalui penilaian awal kerajaan berdasarkan kerosakan di mana taufan itu turut melanda kawasan delta Sungai Merah di Vietnam yang merupakan kawasan penting bagi aktiviti pertanian dan industri.
Setakat ini, angka kematian di Vietnam mencecah 292 orang dengan 38 lagi dilaporkan masih hilang di mana lebih 230,000 rumah serta 280,000 hektar tanaman dilaporkan rosak.
*Foto: Facebook China Xinhua News