nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Banjir: Rakyat Malaysia di Poland, Republik Czech diminta waspada

17 SEPT : Rakyat Malaysia yang menetap atau berkunjung ke kawasan terjejas banjir di Poland dan Republik Czech dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dan mematuhi arahan keselamatan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan.

Kementerian Luar Negeri Malaysia dalam satu kenyataan pada Selasa memaklumkan bahawa kedutaan di kedua-dua negara sedang memantau situasi banjir yang melanda beberapa kawasan di Poland, terutamanya di kawasan sempadan kedua-dua negara itu.

Hujan lebat sejak minggu lalu menyebabkan paras air meningkat, merosakkan infrastruktur dan memaksa penduduk untuk berpindah.

“Rakyat Malaysia yang menetap atau melawat kawasan terjejas dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada dan mematuhi arahan keselamatan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan.

“Pastikan anda memperoleh maklumat terkini daripada sumber berita yang boleh dipercayai serta patuhi garis panduan pemindahan serta keselamatan tempatan,” menurut kementerian itu yang turut dikenali sebagai Wisma Putra, lapor Bernama.

Kementerian turut memantau rapat situasi di Hungary, Romania dan Slovakia susulan kejadian serupa mungkin berlaku.

Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular atau yang belum mendaftar dinasihatkan untuk menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Poland di alamat: Tingkat 9, Warsaw Towers, ul. Sienna 39, 00-121 Warsaw, Poland. Telefon: +48 22 617 4413 / +48 22 617 6256 atau e-mel: mwwarsaw2021@gmail.com.

Bagi mereka yang berada di Republik Czech boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Czechia: Alamat: Komornicka 1852/25, Praha – 6 Dejvice, Prague, Czechia. Telefon: (+420) 234-706-600 / (+420) 296-326-192 atau emel: mwprague@kln.gov.my.

Wisma Putra turut menggesa rakyat Malaysia untuk mendaftar kehadiran mereka melalui E-Konsular bagi menerima maklumat dan sokongan tepat pada masanya.

“Kementerian Luar Negeri akan terus memantau situasi dengan teliti dan memberi maklumat terkini yang diperlukan bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan semua rakyat Malaysia di kawasan terjejas,” menurut kenyataan itu.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.