nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Dasar mohon sijil halal secara sukarela dikekalkan : Zahid

18 SEPT : Kerajaan bersetuju mengekalkan dasar permohonan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) yang bersifat sukarela seperti sedia ada.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata persetujuan itu dicapai pada Mesyuarat Jemaah Menteri, hari ini.

Kata Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Majlis Pembangunan Industri Halal, mana-mana industri bersedia mematuhi semua keperluan, piawaian dan standard pensijilan halal Malaysia terbuka untuk memohon sijil tersebut.

“Dasar sedia ada ini kekal dan ia terbuka kepada mana-mana industri yang bersedia untuk mematuhi semua keperluan, piawaian dan standard pensijilan halal Malaysia.

“Melalui SPHM yang diperolehi tersebut, ia akan memberi nilai tambah kepada pemegang SPHM atas komitmen yang tinggi untuk sentiasa mematuhi standard dan piawaian pensijilan halal,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar menjalankan kajian dan menyediakan laporan lengkap berhubung isu pensijilan halal yang timbul.

Isu pensijilan halal menjadi polemik selepas Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok menyifatkan pensijilan halal seharusnya bersifat sukarela untuk membolehkan pengusaha membuat keputusan berdasarkan permintaan pasaran, bukan dilaksanakan secara paksa.

Beliau mendakwa cadangan mewajibkan restoran dan syarikat makanan memiliki sijil halal hanya akan menambah kesukaran operasi perniagaan serta beban kepada perniagaan kecil.

Ia susulan kenyataan Mohd Na’im yang berkata Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sedang mengkaji cadangan untuk mewajibkan restoran serta syarikat makanan untuk memiliki sijil halal.

Sementara itu, Ahmad Zahid dalam kenyataan sama berkata pelbagai insentif dan inisiatif ditawarkan dalam bentuk latihan dan bimbingan serta geran bagi menggalakkan pihak industri memohon SPHM.

memastikan produk atau perkhidmatan yang ditawarkan boleh dipersijilkan halal

“JAKIM turut memperkenalkan Inisiatif Segera Pensijilan Halal Malaysia bagi mempercepatkan pengurusan pensijilan halal Malaysia dalam tempoh 30 hari.

“Statistik menunjukkan antara Januari hingga Julai lalu, sebanyak 96 peratus permohonan berjaya diuruskan dalam tempoh ditetapkan. Usaha proaktif ini berupaya menjadi salah satu tarikan kepada pihak industri untuk memohon SPHM,” katanya.

Ahmad Zahid sempat mengingatkan kerajaan akan bertindak tegas kepada sesiapa yang cuba memalsukan sijil halal.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.