nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Ombak besar di Pulau Pinang, Pulau Pangkor kejadian luar biasa

18 SEPT : Kejadian ombak besar yang berlaku di beberapa kawasan di Pulau Pinang dan Pulau Pangkor, Perak semalam adalah luar biasa, kata Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), Dr Mohd Hisham Mohd Anip.

Beliau berkata situasi itu terjadi kerana kehadiran bersekali fenomena air pasang besar disebabkan oleh keadaan perigee iaitu kedudukan bulan hampir dengan bumi dan bulan penuh serta angin barat yang bertiup kencang.

“Hujan berterusan serta keadaan laut bergelora yang berlaku di utara Semenanjung disebabkan angin barat yang bertiup kencang dan bertumpu di kawasan berkenaan,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata METMalaysia telah menjangka lebih awal keadaan terbabit dengan mengeluarkan Amaran Angin Kencang dan Laut Bergelora di perairan Selat Melaka Utara dan Phuket, Thailand pada 12 Sept bagi tempoh kuat kuasa bermula Ahad lepas hingga hari ini.

Mohd Hisham berkata amaran itu telah dikemas kini semalam dengan tempoh kuat kuasa dilanjutkan hingga Sabtu ini.

“Selain itu, METMalaysia juga telah mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan (WASPADA) pada 13 Sept bagi tempoh kuat kuasa bermula 15 hingga 19 Sept di Perlis, Pulau Pinang, Kedah, dan Perak bagi kawasan Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak dan Kuala Kangsar,” katanya.

Justeru, katanya orang awam diminta supaya sentiasa berwaspada dan mendapatkan maklumat terkini keadaan cuaca dengan melayari laman web serta media sosial METMalaysia.

Semalam, tular beberapa kejadian fenomena ombak besar yang melanda kawasan antaranya pesisir Pulau Pinang terutama di sekitar Pantai Bersih di Butterworth.

Menerusi video tular, kelihatan pelanggan di medan selera itu bertempiaran lari menyelamatkan diri dan barangan mereka daripada basah manakala peniaga bergegas menyelamatkan barangan perniagaan.

Turut tular ialah beberapa video menunjukkan ombak besar dan bergelora di Pulau Pangkor termasuk di Teluk Nipah, Perak.

*Foto: Ihsan Facebook

Get real time updates directly on you device, subscribe now.