23 SEPT : Thailand menangguh dasar kenaikan gaji minimum kepada 400 baht (RM50) sehari yang dijadualkan bermula 1 Oktober ini.
Memetik laporan Reuters, keputusan itu susulan kekurangan kuorum pada mesyuarat jawatankuasa yang mengusahakan perkara tersebut.
Setiausaha Tetap Kementerian Buruh, Pairoj Chotikasathien dilaporkan berkata jawatankuasa tersebut didakwa gagal mencapai kuorum pada dua mesyuarat sebelum ini untuk membincangkan kenaikan yang dirancang.
“Kami akan bergerak ke hadapan secepat mungkin,” katanya.
Chotikasathien berkata pelaksanaan gaji minimum baharu itu hanya dilaksanakan terhadap perniagaan yang menggaji lebih 200 pekerja.
Kenaikan gaji minimum merupakan antara bahan kempen parti kerajaan, Pheu Thai di mana peningkatan gaji itu kepada 600 baht (RM76) menjelang 2027.
Kenaikan dirancang adalah sebahagian daripada usaha kerajaan untuk mencetuskan pertumbuhan dalam ekonomi kedua terbesar di Asia Tenggara itu yang disekat oleh hutang isi rumah yang tinggi dan sektor pembuatan yang perlahan.