nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Bekas menteri Singapura mengaku salah, disabitkan 5 pertuduhan

24 SEPT : Bekas menteri pengangkutan Singapura, S. Iswaran disabitkan dengan lima pertuduhan selepas mengaku bersalah berikutan pindaan yang dikemukakan pendakwa raya pada hari pertama perbicaraannya di Mahkamah Tinggi pada Selasa.

Pertuduhan itu termasuk empat pertuduhan berkaitan mendapatkan barangan berharga semasa berkhidmat sebagai penjawat awam dan satu pertuduhan menghalang keadilan.

Pihak pendakwaan, yang diketuai Timbalan Peguam Negara, Tai Wei Shyong memulakan prosiding dengan memaklumkan mahkamah yang dipengerusikan oleh Hakim Vincent Hoong bahawa ia akan meneruskan hanya empat pertuduhan di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan dan satu pertuduhan di bawah Seksyen 204A Kanun Keseksaan.

Iswaran pada mulanya berdepan 35 pertuduhan termasuk dua di bawah Akta Pencegahan Rasuah (PCA).

Tai berkata pihak pendakwaan akan menggantikan pertuduhan rasuah dengan dua pertuduhan di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan, yang menghukum penjawat awam yang memperoleh apa-apa barang berharga, tanpa pertimbangan daripada orang yang terlibat dalam sebarang prosiding atau perniagaan yang diuruskan oleh mereka.

Semua 30 pertuduhan lain akan dipertimbangkan semasa hukuman.

Iswaran dituduh mendapatkan barangan berharga bernilai lebih S$400,000, termasuk Grand Prix F1 Singapura dan tiket penerbangan antarabangsa daripada jutawan hotel, Ong Beng Seng dan Pengarah Urusan Lum Chang Holdings, Lum Kok Seng.

Pihak pendakwaan memohon hukuman penjara enam hingga tujuh bulan, manakala pihak pembelaan, yang diketuai Peguam Kanan Davinder Singh, berhujah bagi pengurangan bahawa hukuman penjara tidak boleh melebihi lapan minggu.

“Dengan mengaku bersalah, Encik Iswaran telah menjimatkan masa dan sumber mahkamah dan pendakwaan,” kata Davinder sambil menyatakan bahawa tertuduh telah menyumbang kepada pembangunan ekonomi dan sosial negara.

Lelaki berusia 62 tahun itu yang telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam sejak 1987 merupakan pemegang jawatan politik pertama di Singapura yang dibicarakan di mahkamah dalam hampir lima dekad, menjadikan ia antara perbicaraan paling berprofil tinggi di republik pulau itu.

Selepas rehat makan tengah hari, Hakim Hoong meminta penghujahan lanjut daripada kedua-dua pihak pada Khamis. Tarikh hukuman ditangguhkan pada 3 Oktober, 10 pagi.

Ketika meninggalkan mahkamah, Iswaran membuat kenyataan minimum ketika bercakap kepada wartawan.

“Seperti yang anda tahu, peguam saya telah menyatakan pendirian dengan jelas, dan seperti yang anda sedia maklum, perkara itu kini sub judice. Jadi tidak wajar bagi saya untuk mengatakan apa-apa lagi,” katanya, lapor Bernama.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.