24 SEPT : Satu kertas siasatan dibuka berkait dakwaan penyalahgunaan jentera kenderaan semasa kempen Pilihan Raya Kecil (PRK), Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, Johor.
Ketua Polis Johor, Datuk M Kumar berkata kertas siasatan berkenaan dibuka mengikut Seksyen 4 (A) Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
“Untuk maklumam sepanjang tempoh berkempen bermula 14 sehingga 23 September lalu, sebanyak dua laporan polis diterima daripada individu dengan satu daripadanya dibuka bagi membantu siasatan.
“Siasatan masih berjalan dan selain itu, sebanyak 96 permohonan permit untuk mengadakan ceramah, siar raya dan ‘walkabout’,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas meninjau pusat pembuangan undi di Dewan Pengaman Zamrud Taman Perumahan Polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang, hari ini.
Jelas Kumar, pihaknya juga meluluskan semua permohonan permit dengan tiada yang ditolak.
Menurutnya lagi, seramai 18 pegawai dan anggota membuat permohonan undi pos pada 28 September ini.
“Sehingga jam 11 pagi tadi, seramai 217 atau beramaan 57 peratus pegawai dan anggota polis sudah keluar mengundi dan sehingga kini proses pengundian berjalan lancar tanpa sebarang insiden.
“Sehingga sekarang penyokong dan calon yang terbabit memberi sokongan penuh kepada polis dan tiada sebarang tidak insiden tidak diingini laporkan,” katanya.
Sebanyak 11 saluran dibuka dengan satu di pusat mengundi Dewan Zamrud, lapan di kem Mahkota dan dua saluran di kem Batu Tiga.
Mengikut rekod, 4,438 orang tentera dan pasangan menjalankan tanggungjawab mengundi bagi pengundian awal hari ini.