27 SEPT : Kes cacar monyet atau mpox mencatatkan peningkatan mendadak dalam tempoh tiga bulan di Australia yang mencetus kebimbangan, lapor AFP.
Seorang pakar kesihatan berkata kadar vaksinasi yang rendah berkemungkinan menjadi penyebab lonjakan kes di kawasan luar bandar.
Tahun ini sebanyak 737 kes sudah direkodkan dengan sebahagian besar berlaku dalam beberapa bulan kebelakangan ini di mana hanya 26 kes dilaporkan tahun lalu.
Daripada keseluruhan kes, hanya dua kes dilaporkan berlaku dalam kalangan wanita.
Australia menarik balik sekatan terhadap kelayakan vaksinasi di semua peringkat umur di mana individu yang berisiko kini dibenarkan untuk divaksin.
Mpox disebabkan virus yang berjangkit kepada manusia oleh haiwan yang dijangkiti dan juga boleh disebarkan dari manusia ke manusia melalui kontak fizikal yang rapat.
Virus iut mematikan di mana penghidap akan demam, sakit otot dan terdapat luka besar seperti bisul pada kulit.
Virus ini mendapat perhatian antarabangsa pada Mei 2022 apabila mpox jenis clade 1b yang lebih berbahaya telah merebak ke seluruh dunia yang paling banyak memberi kesan kepada lelaki gay dan biseksual.