nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Pengendali pelabuhan perlu tingkat kapasiti depani persaingan

27 SEPT : Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Malaysia bertindak pantas mendepani persaingan sengit di peringkat serantau untuk mengelak negara ketinggalan dalam menarik pelaburan.

Sehubungan itu, beliau menekankan kepentingan keupayaan untuk melaksanakan dasar yang dilancarkan kerajaan dalam memacu pelaburan dan perdagangan.

Beliau yang juga menteri kewangan berkata ini memandangkan pelabur amat menitikberatkan keupayaan negara melaksanakan dasar meliputi perindustrian dan digital serta aspek ketelusan dalam pelaksanaan dasar mesra pelabur.

“Kita tidak bergerak berasingan. Kita berdepan dengan rantau yang dinamik dan persaingan itu sangat hebat. Kalau kita lembap (dan jika) kita anggap kejayaan kecil itu cukup membanggakan, kita akan ketinggalan,” katanya dalam ucapan pada Majlis Pecah Tanah Westports 2, lapor Bernama.

Anwar berkata, usaha kerajaan untuk memudah cara perniagaan termasuk mempercepat kelulusan dan meningkatkan kecekapan serta menghapuskan rasuah diperakui pelabur asing yang telah memberi komitmen pelaburan di negara ini seperti Amazon Web Services, anak syarikat Amazon.com Inc.

Beliau juga mahu agensi dan syarikat korporat mengambil pendekatan sama supaya Malaysia kekal sebagai hab pilihan di rantau ini terutamanya dalam sektor seperti perindustrian dan digital.

Anwar turut memuji prestasi kukuh Westports dan mahu pelabuhan di Malaysia memperkemas infrastruktur dan ekosistem bagi menyokong aspirasi negara dalam menarik pelaburan dan perdagangan yang lebih tinggi.

Beliau berkata, keupayaan Westport sebagai hab maritim dan logistik global diperakui dunia dan kedudukannya akan terus mengukuh melalui pembukaan terminal kontena baharu di Westports 2 kelak.

Pembangunan fasa dua projek pembesaran di terminal kontena oleh Westports Holdings Bhd yang bermula dari CT10 hingga CT17 akan diterjemahkan kepada penggandaan kapasiti pengendalian kontena Westports kepada 28 juta unit bersamaan 20 kaki (TEU) daripada 14 juta TEU dicatatkan pada masa ini.

*Foto: Facebook Anwar Ibrahim

Get real time updates directly on you device, subscribe now.