Hezbollah akan pilih pengganti Hassan Nasrallah segera
30 SEPT : Hezbollah akan menyegerakan pemilihan pengganti setiausaha agungnya, Sayyed Hassan Nasrallah yang terbunuh dalam serangan udara rejim Israel, Jumaat lalu.
Timbalan Ketua Hezbollah, Naim Qassem berkata pengganti Nasrallah perlu meneruskan perjuangan menentang Israel.
Menurut Qassem, Hezbollah meneruskan serangan roket sejauh 150 kilometer ke wilayah Israel dan sentiasa bersedia dengan sebarang serangan darat dari rejim itu.
Qassem memaklumkan perkara itu melalui ucapan yang disiar di televisyen tempatan dan pada masa sama menyalahkan Amerika Syarikat (AS) kerana memberi sokongan tanpa batas kepada Israel.
Tidak menafikan kemungkinan pertempuran itu akan mengambil masa yang panjang, namun Qassem menjanjikan kemenangan menentang Israel.
Pada Sabtu, Hezbollah Lubnan mengesahkan pemimpinnya terbunuh melalui pengumuman yang disiarkan di televisyen susulan pertempuran dengan Israel dalam usaha kumpulan tersebut menyokong Gaza dan Palestin.
*Foto: Facebook Kaisar Ali