nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Malaysia-Pakistan terus hubungan baik dengan AS, China

3 OKT : Malaysia dan Pakistan mencapai kesepakatan meneruskan hubungan baik dengan Amerika Syarikat (AS) namun pada masa yang sama memperkukuh hubungan dengan China.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perkara itu dicapai dalam pertemuan dua halanya dengan Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif di Islamabad, hari ini.

“Kami membincangkan keperluan untuk meneruskan kerjasama dengan AS sebagai negara yang penting dari segi pelaburan perdagangan dan hubungan diplomatik namun menerima hakikat bahawa kami adalah sebuah negara yang merdeka.

“Dan ASEAN…contohnya, ASEAN centrality menganggap hubungan dengan negara jiran kita sangat penting, oleh itu, kami juga memperkukuhkan hubungan dengan China,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media bersama Shehbaz di Islamabad, hari ini.

Anwar yang tiba di Islamabad disambut Shehbaz malam tadi dalam rangka lawatan kerja selama tiga hari ke Pakistan.

Beliau diberi sambutan rasmi di Kediaman Perdana Menteri Pakistan pagi ini disusuli dengan mesyuarat dua hala, majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dan pelancaran tiga karya terjemahan oleh penyair terkemuka Pakistan, Allama Muhammad Iqbal yang diterjemahkan daripada bahasa Parsi, Urdu dan Inggeris ke bahasa Melayu.

Pada sidang media sama Anwar memaklumkan beliau dan Shehbaz juga mengecam serangan Israel ke atas Gaza dan Lubnan.

Tegas Anwar, ketegangan itu bukan lagi perang antara dua negara malah ia satu hipokrasi dalam kalangan banyak negara.

“Masalah ini sudah tentu menjadi lebih genting sekarang dengan peluasan dan lanjutan pencerobohan perang ke Lubnan serta pembunuhan beramai-ramai yang berterusan di Gaza dan Tebing Barat. Kita telah melihat bahawa isu ini bukan perang antara dua negara.

“Ia sepenuhnya satu keangkuhan dan pencerobohan yang mengabaikan semua peraturan asas peraturan antarabangsa serta penderitaan rakyat Palestin selama tujuh dekad, yang dilucutkan hak mereka dan dinafikan hak asasi.

“Dan kita telah melihat bukan sahaja ketidakselarasan, tetapi juga hipokrasi dalam kalangan banyak negara yang kononnya bercakap mengenai hak asasi manusia dan kebebasan, serta mengkritik dunia mengenai hak asasi manusia dan kebebasan, namun jelas sekali sangat memilih dalam membuat keputusan,” katanya.

*Foto: Facebook Anwar Ibrahim

Get real time updates directly on you device, subscribe now.