nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Pelajar kibar bendera China bukan warga Malaysia

12 OKT : Pelajar yang mengibar bendera China di sebuah sekolah menengah persendirian di Pulau Pinang seperti yang tular dalam media sosial baru-baru ini, bukan warganegara Malaysia,

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata perkara itu dijelaskan Exco Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Pulau Pinang, Wong Hon Wai kepadanya dengan mengatakan pelajar berkenaan sebahagian daripada 33 pelajar dari China yang bersekolah di sekolah terbabit.

“Mereka bukan warganegara Malaysia, mereka belajar di sekolah berkenaan dan ada gambar lain yang menunjukkan pelajar dari China dan pelajar Malaysia kedua-duanya di sekolah ini.

“Mereka bersama-sama dalam satu aktiviti dan masing-masing mengibar bendera negara atau negeri masing-masing.

“Saya nampak (dalam gambar) ada pelajar warga China mereka kibarkan bendera China, ada pelajar yang mengibarkan Jalur Gemilang dan ada juga mengibarkan bendera Pulau Pinang,” katanya, lapor Bernama.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri sesi Program Kesihatan Lembah Pantai bersama IMU Cares di PPR Kerinchi di ibu negara, hari ini.

Fahmi berkata demikian sebagai mengulas isu tular dua keping gambar dimuat naik menerusi media sosial memaparkan pelajar sebuah sekolah menengah persendirian di Pulau Pinang memegang bendera China.

Sehubungan itu, beliau berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) telah mengenal pasti individu yang menyebar maklumat palsu kononnya pelajar Malaysia mengibarkan bendera China berkenaan.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan itu berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah memiliki maklumat individu yang melakukan tindakan adu domba itu dan sedang dalam proses untuk mengambil tindakan selanjutnya.

“Saya minta PDRM mengambil tindakan tegas kerana mereka cuba menimbulkan kegusaran dalam masyarakat, seolah-olah masyarakat membenarkan perkara-perkara seperti ini berlaku.

“Jadi ini tuduhan yang sangat jahat,” katanya.

Fahmi turut menasihati orang ramai agar menyelidik sesuatu perkara dan mendapatkan fakta sahih sebelum membuat sebarang komen.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.