nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Platform media sosial perlu jamin keselamatan

16 OKT : Platform media sosial akan diwajibkan mematuhi tiga tanggungjawab utama iaitu menjamin keselamatan platform, melindungi kanak-kanak bawah umur 13 tahun dan menyekat akses kepada kandungan berbahaya.

Ia terkandung dalam Rang Undang-Undang (RUU) Keselamatan Dalam Talian 2024 yang dibentangkan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) dalam sesi taklimat semalam.

RUU itu yang dilaporkan akan dibentangkan di Parlimen bulan ini, bersifat menyeluruh dan mengambil kira jenayah siber yang mungkin berlaku termasuk melibatkan kanak-kanak.

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching berkata pihak platform juga perlu menghantar Pelan Keselamatan Digital tahunan yang merangkumi strategi keselamatan dan pencapaian mereka.

“Semalam, BHEUU JPM mengadakan taklimat mengenai RUU Keselamatan Dalam Talian 2024. Kerangka RUU ini bertujuan mengawal selia aktiviti dalam talian, terutamanya di platform seperti Meta, X dan TikTok.

“Matlamat utama adalah untuk mengurangkan jenayah siber seperti penipuan dalam talian agar dapat melindungi pengguna.

“Kementerian Komunikasi serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) memberikan sokongan utuh bagi menjayakan sesi ini,” katanya menerusi kenyataan di laman Facebook, hari ini.

Beliau berkata, beberapa ahli Parlimen telah memberikan maklum balas yang bernas berkait isu keselamatan dalam talian dan pandangan mereka akan diambil kira.

“Hal yang membimbangkan semua pihak kini adalah apabila terdapat beberapa jenayah fizikal telah berpindah ke platform dalam talian antaranya penipuan atau scam, jenayah seksual terhadap kanak-kanak serta perjudian dalam talian.

“Langkah demi langkah, Kementerian Komunikasi sedang membina persekitaran dalam talian yang lebih selamat untuk semua rakyat Malaysia,” katanya, lapor Bernama.

Semalam, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil memaklumkan sejak enam bulan lalu, SKMM mengadakan sesi libat urus bagi mendapatkan maklum balas pihak berkepentingan seperti pakar keselamatan siber, pembangun teknologi serta jurutera komputer.

Katanya lagi, Kerajaan MADANI memandang serius dan mengutamakan keselamatan dalam talian, khususnya untuk kanak-kanak serta keluarga dan Kod Tatalaku berkaitan media sosial akan siap selewat-lewatnya bulan depan.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.