nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Belanjawan 2025 : Bantuan STR, SARA dinaikkan

18 OKT : Kerajaan menambah peruntukan bagi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kepada RM13 bilion berbanding hanya RM10 bilion sebelum ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata peruntukan itu akan memberi manfaat kepada sembilan juta penerima atau 60 peratus penduduk dewasa di negara ini.

“Ini bermakna pada tahun hadapan, seramai 4.1 juta penerima STR kategori isi rumah akan menerima SARA bernilai RM100 sebulan berbanding 700,000 penerima tahun ini.

“Bantuan SARA akan dikreditkan ke dalam MyKad penerima bermula April depan dan ini boleh dibelanjakan untuk membeli barangan asas seperti makanan dan minuman, ubat-ubatan, barang persekolahan serta kebersihan diri di lebih 600 pasar raya dan kedai runcit seluruh negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentang Belanjawan 2025 : Membugar Ekonomi,  Menjana Perubahan, Mensejahtera Rakyat di Dewan Rakyat, hari ini.

Susulan tambahan peruntukan itu, Anwar berkata STR untuk golongan bujang meningkat kepada RM600 sementara bantuan untuk isi rumah meningkat kepada RM4,600 berbanding RM3,700.

“Kita akui dan mendengar rungutan tentang kos sara hidup. Lantaran kita ambil langkah serta kebijakan ekonomi dengan meningkatkan peruntukan dan kadar maksimum bantuan tunai yang tertinggi pernah diberikan kerajaan dalam menangani kos sara hidup rakyat.

“Ini juga akan ditambah melalui peningkatan peruntukan bantuan tunai di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kepada RM2.9 bilion berbanding RM 2.4 bilion,” katanya.

Selain itu, kerajaan juga menaikkan Bantuan Warga Emas kepada RM600 sebulan berbanding RM500 sebulan ketika ini sementara kadar Bantuan Kanak-kanak Keluarga Miskin dinaikkan daripada RM200 kepada RM250 seorang untuk kanak-kanak berusia enam tahun dan ke bawah.

“Bagi kanak-kanak berusia tujuh hingga 18 tahun pula, bantuan mereka akan dinaikkan daripada RM150 kepada RM200 tertakluk kepada kadar maksimum RM1,000 sekeluarga,” katanya.

Anwar yang juga Menteri Kewangan turut mengumumkan setiap keluarga isi rumah miskin yang mempunyai tiga anak layak menikmati jumlah bantuan lebih tinggi tahun ini dengan bantuan lebih RM13,000 setahun berbanding RM11,000 ketika ini.

Manakala warga emas miskin layak menerima bantuan lebih RM10,000 setahun berbanding RM8,000 sebelum ini.

“Ini bermakna tiada rakyat berpendapatan kurang RM1,100 sebulan dan ini belum mengambil kira bantuan daripada kerajaan negeri, zakat dan yayasan,” katanya.

*Foto : Facebook Anwar Ibrahim

Get real time updates directly on you device, subscribe now.