nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

244 rumah rosak di Terengganu dilanda ribut, hujan air batu

24 OKT : Sebanyak 244 rumah rosak dalam kejadian ribut dan hujan air batu di Bandar Chukai di daerah Kemaman dan kawasan dalam radius kira-kira tiga kilometer di sekitarnya

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Pembangunan Luar Bandar Terengganu, Hanafiah Mat berkata ia melibatkan kediaman di sembilan buah kampung termasuk Kampung Tuan, Kampung Pengkalan Pandan, Kampung Besut, Kampung Gong Limau dan Kampung Bakau Tinggi.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Chukai berkata tujuh keluarga ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Kampung Gong Pauh disebabkan kerosakan teruk rumah mereka.

“Kampung lain yang terjejas ialah Kampung Kubang Kurus, Kampung Jalan Dato, Kampung Besut 2 dan Kampung Gong Pauh. Kita telah arahkan 17 pasukan kontraktor untuk membaiki kediaman yang rosak pagi ini. Kerja-kerja ini turut dibantu oleh sebuah badan bukan kerajaan (NGO) Prihatin.

“Sementara di sekolah, kerja-kerja gotong-royong pembersihan juga sedang giat berjalan oleh pihak sekolah, NGO Khidmat Malaysia dan komuniti setempat,” katanya, lapor Bernama.

Sementara itu Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) Jelani Sulong berkata tujuh sekolah mengalami kerosakan teruk akibat kejadian yang berlaku sekitar 4 petang semalam.

Beliau berkata sekolah terjejas adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Mentok, SK Seri Kemaman, SK Seri Iman, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Chukai, SMK Sultan Sulaiman, SMK Bukit Mentok dan Sekolah Menengah Agama (SMA) Al Falah.

Jelani berkata tiga sekolah telah diberi cuti peristiwa iaitu SMA Al Falah, SK Seri Iman serta SK Seri Kemaman berikutan kerosakan teruk di bangunan-bangunan kelas pembelajaran dan pengajaran (PdP), manakala empat sekolah masih dapat beroperasi kerana kerosakan tidak menjejaskan bilik darjah.

“JPNT telah memohon peruntukan kecemasan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi membaik pulih semua kerosakan di tujuh sekolah terbabit,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata pihak jurutera sedang membuat penilaian kerosakan dan kerja-kerja pembersihan giat dijalankan bagi memastikan sesi PdP dapat diteruskan seperti biasa Ahad depan,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.